Nuffnang

Friday, June 29, 2018

Perghh !!! Mata nyaris buta gara-gara Slime!


PETALING JAYA: Gara-gara Slime, seorang budak perempuan nyaris buta apabila matanya terkena permainan elastik itu.
Pengalaman itu dikongsi Syuraida Eeda di laman Facebooknya apabila anak buahnya yang dikenali sebagai Ain mengalami sakit mata selepas bermain permainan tersebut.
"Bulan lepas, diorang balik kampung. Anak sulung adik saya bernama Ain, happy sangat dapat berjumpa dengan sepupu diorang.
"Tengah diorang bermain ramai-ramai, tiba-tiba si Ain macam nampak tak selesa pada mata. Kejap-kejap dia gesel mata, nampak macam dia gatal dan pedih," katanya.
"Ibunya cepat-cepat basuh mata dia. Entah macam mana, tiba-tiba nampak kelainan pada mata Ain. Mata putihnya membengkak, mata hitamnya pula tenggelam," kata Syuraida.
Panik dengan keadaan Ain, Syuraida bertanya kepada beberapa anak buahnya yang lain mengenai permainan yang mereka main sebelum itu.
"Mereka cakap kami semua main Slime. Nyaris anak buah yang lain tak kena macam Ain. Adik saya cepat-cepat bawa Ain pergi ke klinik berdekatan.

Keadaan mata anak buah Syuraida. Foto FB Syuraida Eeda.
"Doktor beritahu ini sejenis alergik yang berbahaya, boleh menyebabkan buta. Dia suruh kami rujuk ke doktor pakar di hospital besar," katanya.
Jelas Syuraida, permainan Slime rupa-rupanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya bernama Borax One atau Tetrasodium Borate.
Berdasarkan video yang banyak dikongsi di media sosial Slime bersifat kenyal kerana ia adalah campuran gam, minyak, sabun pencuci, air dan pewarna.
"Borax ini adalah bahan yang boleh didapati pada sabun pencuci dan ia merupakan salah satu bahan dalam Slime yang boleh menyebabkan banyak kesan buruk kepada kesihatan anak," katanya.
Syuraida berkata permainan itu boleh memberi kesan memudaratkan kepada kanak-kanak.
"Jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit. Kalau terkena mata boleh sebabkan keradangan dan bengkak mata serta mata boleh jadi buta.
"Jika terhidu secara berlebihan boleh menyebabkan sesak nafas dan jika terlalu kerap sentuh kulit boleh menjadi lepuh dan rosak," katanya.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/28/slime-bahaya/~/media/d48cf8cef3fa47e3841b9ab7c6ebdaa9.ashx?la=en
Slime boleh didapati dalam pelbagai warna dan boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Susulan itu, Syuraida menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau permainan anak-anak masing kerana Slime boleh dihasilkan sendiri di rumah.
"Cara-cara buat Slime banyak di YouTube, kanak-kanak mudah buat sebab bahan-bahan senang didapati di rumah.
"Kepada ibu bapa sekalian tolong tengok jika anak-anak ada main benda ni... tolong suruh mereka buang. Risau nanti dah terkena baru menyesal," katanya.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung