Nuffnang

Friday, June 22, 2018

Perghh Tedia !!! Pemuda 'lelong' duit raya menyesal



Pemuda 'lelong' duit raya menyesal





PETALING JAYA: Pemuda yang terlibat dalam video lelong duit raya baru-baru ini akhirnya tampil menemui Nur Qistina Huda dan keluarganya untuk memohon maaf.
Menerusi pertemuan empat mata yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah itu, Akmal Azudin, 21, mengakui menyesal dengan tindakannya merakam video melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu tempoh hari.
"Saya datang sekitar pukul 3 petang (Khamis untuk bertemu dengan keluarga mereka dan minta maaf secara berdepan. Alhamdulillah, mereka memaafkan saya.
"Ayah Qistina turut memberi pesanan dan nasihat kepada saya agar tidak mengulangi lagi perbuatan ini," ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online sejurus pertemuan itu.
Dalam pertemuan itu, Akmal ditemani kakak dan adiknya.
Menurut pemuda yang berasal dari Langkawi itu, dia yang sekadar ingin bergurau tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.
Paparan skrin daripada insiden 'lelong' duit raya.
"Saya sebenarnya suka bergurau dengan kanak-kanak. Tapi mungkin tersalah percaturan pada hari itu.
"Saya akui kesilapan saya. Saya padam akaun Twitter dan Instagram pun bukan kerana ingin melarikan diri tapi sebab ramai yang kecam.
"Apabila dimaklumkan oleh adik-beradik saya mengenai hasrat keluarga Qistina, saya membuat keputusan untuk datang berjumpa agar kes ini tidak berpanjangan," ujarnya lagi.
Sementara itu, bapa Qistina, Shahrulnizam Jaafar, 46, mengakui lega dan berlapang dada untuk memaafkan pemuda itu.
"Alhamdulillah. Allah lembutkan hati saya. Saya menerima kedatangan mereka dengan hati terbuka dan sudah memaafkan perbuatannya.
"Sekarang hati saya sudah tenang. Bila dah kenal dan bertemu dengannya, rasanya dia seorang pemuda yang baik," ujar pesara tentera itu.
Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Shahrulnizam yang terkesan dengan penularan video melibatkan anaknya memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan Akmal.
Kejadian yang berlaku pada sambutan Hari Raya pertama itu mula tular di laman sosial sejak Isnin lalu.
Dalam rakaman itu, Akmal memperlahankan kenderaannya sebelum menawarkan duit raya kepada Qistina dan dua sepupunya sebelum memecut dan ketawa terbahak-bahak

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung