Nuffnang

Tuesday, June 19, 2018

Perghhh Jangan Risau !!! Polis tahu Najib, Rosmah bercuti di Langkawi

Polis tahu Najib, Rosmah bercuti di Langkawi


ALOR SETAR: Polis Kedah mengetahui yang Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarga mereka bercuti di Langkawi, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim.
Beliau berkata, pegawai keselamatan turut bersama-sama dengan bekas perdana menteri itu dan keluarganya dalam percutian berkenaan.
“Kita tahu beliau bercuti di Langkawi termasuk datang dengan keluarga beliau pun kita tahu. Kita juga dapat tahu beliau ada beriadah dengan bermain golf dan berjumpa kawan-kawan lama... orang Umno termasuk bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah).
“Saya ambil tahu semua ini, sebab saya kena tahu apa berlaku dalam kawasan (jagaan) saya (Kedah),” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Zainal Abidin mengulas dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya Najib dan Rosmah ingin melarikan diri melalui Langkawi ke Myanmar sebelum ke China dan seterusnya ke negara mentua anak perempuan mereka di Almaty, Kazakhstan setelah mereka dilihat membawa 30 beg.
Bekas perdana menteri itu, yang masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa kes berkaitan, dilarang ke luar negara sejak Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lepas.
Sehubungan itu, Zainal Abidin meminta orang ramai menghentikan spekulasi dan tuduhan melulu terhadap Najib dan Rosmah kerana penyebaran maklumat tidak tepat boleh mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat.
Difahamkan Najib dan isteri datang bersama-sama 13 anggota keluarga mereka untuk bercuti selama tiga hari di pulau berkenaan.   
Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama Ahad malam berkata, Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira 8 malam Sabtu dan Nawawi bersama kepimpinan Umno  bahagian itu turut menyambut bekas perdana menteri itu di lapangan terbang berkenaan. - Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung