Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, June 27, 2018

Perghhh !!!! "Tak ada tulis duit Umno" - Amar Singh

"Tak ada tulis duit Umno" - Amar Singh



PETALING JAYA: "Tak ada tulis duit daripada Umno," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai wang rampasan di enam lokasi penggeledahan yang didakwa milik parti itu.
Jelas beliau, setakat ini tiada mana-mana pemimpin Umno tampil menuntut wang tersebut yang dirampas pada bulan lalu.
"Kita takkan tahu sebab tak ada tulis duit daripada Umno. Jika mereka dakwa itu duit Umno, maka kita perlu ambil keterangan mereka.
"Mereka kena buktikan kepada kita tetapi tiada yang tampil setakat ini," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman pada Rabu.
Pada 25 Mei lalu, Umno menerusi satu kenyataan media mendakwa sejumlah RM130 juta wang yang dirampas di Pavilion Residences, di Bukit Bintang bukan milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya milik parti itu.
Menurut kenyataan itu, wang yang disebut dana itu dirampas polis semasa ia dalam proses dipindahkan kepada pimpinan baharu Umno.
“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa baki sumbangan kempen dan dana parti telah dirampas semasa dalam proses dipindahkan selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno dan BN,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Pada 23 Mei lalu, polis berjaya mengira 35 beg berisi hampir RM120 juta wang tunai, melibatkan pelbagai mata wang yang dirampas dalam penggeledahan di Pavilion Residences, di Bukit Bintang.
Beg mengandungi duit itu adalah antara 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang.
Penggeledahan itu adalah sebahagian daripada siasatan polis ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung