Nuffnang

Wednesday, July 11, 2018

Kisah Tauladan !!! Dulu pondan, tapi bila meninggal dunia jenazah diusung anak tahfiz

/



PETALING JAYA: Isu mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen beberapa hari lalu selepas khabar angin melibatkan pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tersebar.
Kesan daripada kecaman yang dilemparkan ke atasnya, aktivis LGBT tersebut mengambil keputusan untuk meletak jawatan di kementerian itu dan membawa diri ke luar negara untuk menentukan hala tujunya selepas ini.
Terbaru, tular di Twitter mengenai bebenang 'Kematian Pondan Yang Ditangisi' oleh seorang aktivis kemanusiaan, Faiz Qayyuum Abdul Majid yang ingin mendidik masyarakat untuk mengajak golongan ini mengenal Tuhan, bukannya menghukum mereka.
Faiz Qayyuum, berkata, dia berasa terpanggil untuk berkongsi kisah mengenai 'mak nyah' tersebut yang meninggal dunia pada bulan Ramadan 2013 selepas terkesan dengan posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun di Twitter berhubung isu LGBT.

i

"Saya ternampak pengguna akaun yang berimej Islamik itu menulis tentang golongan LGBT ini sudah pasti akan masuk neraka.
"Saya ingin membantah kenyataan tersebut di posting berkenaan, tetapi rakan saya menasihatkan agar menggunakan kelembutan jika ingin menegurnya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Dedah aktivis yang juga bekerja di sebuah syarikat pengiklanan itu, bekas mak nyah tersebut merupakan antara peserta yang gemar memberontak ketika mengikuti kem selama tiga hari dua malam di Ulu Yam, Selangor kira-kira enam tahun lalu.
Menurut Faiz Qayyuum, dia pernah dimarahi arwah ketika menyentuh kulitnya semasa mengambil wuduk kerana menganggap ia membatalkan air sembahnyang.
Namun, pendekatan berhikmah yang digunakan Faiz Qayyuum dan rakan-rakannya berjaya menawan hati arwah untuk kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.


"Kami tak marah bila tengok dia datang pakai telekung untuk solat Isyak berjemaah, malah kami ajak dia sembahyang sama-sama.
"Saya ingat lagi telekung yang dipakainya itu sangat cantik dan dia membeli telekung tersebut sehari sebelum menyertai kem berkenaan," kata pemuda berusia 28 tahun itu.
Beberapa bulan selepas itu, Faiz Qayyuum mendakwa dia terputus hubungan dengan Allahyarham yang tiba-tiba menghilangkan diri selepas mengambil keputusan untuk pulang ke kampung yang terletak di utara tanah air.
Setahun kemudian, jejaka yang berasal dari Semenyih itu dikejutkan pula dengan berita pemergian Allahyarham seminggu sebelum Syawal.

Bebenang penuh yang ditulis oleh Faiz Qayyuum di akaun Twitter pada Isnin. 
"Masa imam kampung itu hubungi saya untuk maklumkan mengenai arwah, saya sangkakan tiada orang nak uruskan jenazahnya.
"Rupanya, sangkaan saya meleset kerana melihat arwah sangat disayangi oleh penduduk di kampungnya.
"Saya kagum dengan penerimaan orang kampung yang tidak menyisihkan arwah malah imam tersebut menjadi orang pertama yang mendekati arwah dan memberikannya pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah pusat tahfiz," kata Faiz Qayyuum.
Dalam pada itu, aktivis tersebut berkongsi tentang perkembangannya untuk mimage:

Misi Faiz Qayyuum untuk ke Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada 150 keluarga

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung