Nuffnang

Tuesday, July 31, 2018

Terbaikkk !!! Anak Bekas Pembaca Berita Popular Pahun 90-an, Azura Abdul Karim.. Menakjubkan "beauty with brains" (cantik dan bijak).


“Bukan lahir terus pandai, tapi...”


/
Sarah Amanda berjaya memperoleh kepujian dalam jurusan perakaunan dan kewangan dalam tempoh dua tahun.

PETALING JAYA: Kejayaan seorang gadis kelahiran Malaysia meraih keputusan cemerlang dalam pengajiannya di University of West England mencuri tumpuan netizen di Twitter sehingga diberi jolokan "beauty with brains" (cantik dan bijak).
Seindah namanya, Sarah Amanda Sahrudin yang berusia 21 tahun ini berjaya memperoleh kepujian dalam Bacelor Perakaunan dan Kewangan ketika menamatkan pengajiannya pada 17 Julai lalu.
Tidak semudah yang disangka, gadis yang berasal dari Shah Alam itu menghabiskan masa dari pagi hingga malam untuk mengulangkaji pelajaran demi menghabiskan pengajian dalam tempoh dua tahun.
"Saya bukan dilahirkan terus pandai, tapi saya sentiasa melipatgandakan usaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
"Kebiasaannya, saya akan duduk di meja untuk belajar dari pagi hingga ke malam dan kadang-kadang sampai tengah malam untuk mentelaah pelajaran," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Kejayaan Sarah Amanda mendapat perhatian netizen sehingga meraih 2,036 ulang kicau dan 5,760 tanda suka sejak dimuat naik pada Isnin lalu.
Sarah Amanda yang merupakan anak kepada pasangan juruterbang dan bekas pembaca berita popular tahun 90-an, Azura Abdul Karim itu berjaya menamatkan pengajian dalam masa singkat kerana memiliki sijil Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT) dari Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) ketika berusia 18 tahun.
"Pada mulanya saya tidak berhasrat menyambung pengajian dalam jurusan perakaunan kerana tidak begitu berminat dengan nombor.
"Tetapi, selepas ayah mencadangkan untuk ambil jurusan itu dan melakukan solat istikharah, saya teruskan juga," jelas anak keempat daripada enam beradik itu.
Kongsi Sarah Amanda, rahsia kejayaannya adalah harus bijak memberi keutamaan ke atas tugasan yang diberikan oleh pensyarah, selain belajar secara berkumpulan.


Sarah Amanda bersama ibu dan bapanya pada hari graduasi di University of West England. Baginya, mungkin tidak semua orang dianugerahkan kebijaksanaan, tetapi dia percaya setiap individu mampu berjaya sekiranya mereka berusaha dengan keras untuk mencapai apa yang diinginkan.
Kata gadis yang menjadikan tokoh perniagaan Aireen Omar, Datin Paduka Marina Mahathir dan Malala Yousafzai sebagai idolanya itu, dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai juruaudit di firma audit antarabangsa KPMG sebaik tiba di negara ini pada Sabtu lalu.
Sarah Amanda bercadang untuk bekerja sambil belajar untuk mendapatkan sijil Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung