Thursday, August 9, 2018

Perghh !!! Kos RM3 juta sebulan ibarat berpesta atas kapal setiap hari - Pakar

Kos RM3 juta sebulan ibarat berpesta atas kapal setiap hari - Pakar



LANGKAWI: Berbelanja RM3 juta sebulan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sebuah kapal layar mega adalah seumpama mengadakan pesta mewah setiap hari di atas kapal sedangkan utiliti kapal layar digerakkan setiap waktu, seorang pakar kapal layar mewah memberitahu Bernama, Rabu.
Pengarah operasi Mega Yacht Club of Vanuatu Ltd, Nicholas de Souza, berkata jumlah itu juga adalah lebih daripada mencukupi untuk pengambilan anak kapal dengan gaji yang tinggi dan kapten kapal kanan secara tetap.
"Dan (jumlah itu cukup untuk) mengambil kakitangan perkhidmatan tambahan sehingga 25 orang tetapi untuk berbelanja RM3 juta… ia tentunya pesta setiap hari atau pesta amat besar setiap minggu," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas satu laporan berita bahawa kos menyelenggara sebuah kapal layar yang amat besar menelan belanja kira-kira RM3 juta sebulan.
Equanimity, yang dikaitkan dengan kontroversi susulan dakwaan bahawa ia dibeli dengan menggunakan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kapal sepanjang 91.5 meter itu tiba di Pelabuhan Klang semalam selepas kerajaan Indonesia, yang merampasnya awal tahun ini, bersetuju untuk menyerahkan penjagaannya kepada pihak berkuasa Malaysia.
Dengan kepanjangannya, de Souza berkata, Equanimity dianggap sebagai sebuah kapal layar dalam kelas mega dan tidak ada marina di Langkawi, setakat ini, mempunyai kapasiti untuk menerima kehadiran kapal yang bersaiz sebegitu.
Dengan pengalaman menguruskan beberapa kapal layar mega di beberapa negara, beliau berkata anggaran kos penyelenggaraan Equanimity adalah melebihi perbelanjaan biasa mana-mana kapal layar mewah yang beliau ketahui.
"(Angka yang dilaporkan) boleh membuat krew dan tetamu kapal menikmati kemewahannya, lebih daripada tinggal di hotel enam bintang untuk tempoh masa yang lama," katanya.
Menurut beliau, walaupun kos boleh berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain, perbelanjaan penyelenggaraan asas untuk kapal layar mewah di Langkawi hanya mencecah kira-kira RM75,000 sebulan melibatkan krew minimum dan bayaran tempat parkir.
"Sekiranya ia (Equanimity) (dikekalkan) di sini, ia (memperuntukkan RM3 juta sebulan) akan (mencukupi) seperti mendapat semua krew di hotel kelas tinggi, yang lain memerhati dari atas kapal setiap masa dan menghiburkan tetamu hampir setiap hari," tambah beliau. -Bernama
Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung