Nuffnang

Monday, August 6, 2018

Perghhh !!! MB Perak nafi terlibat majlis tampil wanita seksi

MB Perak nafi terlibat majlis tampil wanita seksi
Kerajaan negeri tidak terlibat dalam majlis menampilkan penyanyi wanita berpakaian seksi, semalam.

IPOH - Kerajaan negeri menafikan penglibatan secara langsung dalam penganjuran majlis amal yang menampilkan penyanyi wanita berpakaian seksi, semalam.
Ia berikutan tularnya klip video berdurasi lebih seminit yang memaparkan imej menteri besar digunakan pada paparan skrin pada satu majlis makan malam.
Pihak penganjur juga didapati menggunakan logo Jata Negeri Perak, logo Visit Perak 2017 dan logo Tourism Perak pada skrin latar majlis tersebut.
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, hasil semakannya mendapati kerajaan negeri tidak terlibat secara langsung dengan penganjuran majlis terbabit.
“Saya telah meminta pihak berkaitan untuk menyemak kaitan kerajaan negeri dengan majlis tersebut dan makluman yang saya terima menunjukkan tiada sebarang tajaan atau kehadiran mana-mana wakil pejabat Menteri Besar atau mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri pada majlis terbabit.
“Justeru itu, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya pembabitan saya, pejabat Menteri Besar Perak dan juga mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri Perak secara langsung atau tidak langsung dengan majlis itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Susulan itu, beliau juga mengarahkan semua pihak merujuk terlebih dahulu dengan Pejabat Menteri Besar bagi penggunaan imej beliau dalam sebarang majlis.
Katanya, ia bertujuan bagi melindungi imejnya dan kerajaan negeri dari sebarang acara yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
“Saya tidak pasti apakah niat pihak berkenaan berbuat demikian tetapi saya memandang serius perbuatan itu kerana melibatkan imej institusi menteri besar dan kerajaan Perak keseluruhannya.
“Saya mengarahkan supaya mana-mana pihak yang ingin menggunakan imej saya atas kapasiti sebagai Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen supaya merujuk kepada Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu,” katanya

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung