Nuffnang

Thursday, August 16, 2018

Perghhh !!! MPAJ ambil tindakan selepas Linda Onn tweet

MPAJ ambil tindakan selepas Linda Onn tweet


MPAJ ambil tindakan selepas Linda Onn tweet

PELAKON Linda Onn dikritik dan dikecam netizen gara-gara tindakannya menerusi akuan Twitter mengeluh dan mempersoalkan kenapa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tidak mengambil tindakan terhadap peniaga gerai tepi jalan.
Beliau mendakwa, rata-rata peniaga gerai tepi jalan berniaga tanpa lesen dan tidak perlu bersusah payah mengikut undang-undang seperti seorang pemilik restoran.
Status Linda itu mendapat perhatian ramai dan akhirnya pihak MPAJ telah menyerbu gerai berkenaan.
Pemilik twitter, Amirul Dzulkarnain dalam nada sinis menzahirkan terima kasih kepada artis tersebut diatas pengalamannya serta bersyukur sekiranya ada pendapatan lebih ingin memilik kedai sendiri.

Advertisement
Amirul juga memuat turun sekeping gambar kelihatan lori MPAJ sudah melaksanakan tugas mereka dan seolah-olah barangannya seperti disita oleh MPAJ.

Katanya meluahkan perasaan mengambarkan keperitan sebagai peniaga jalanan kerana perlu berdepan cuaca tidak menentu dan apa yang dilihat tidak seperti yang dijangka.
"Kadang-kadang apa yang kita lihat tidak semuanya indah, kadang kami perit juga, waktu hujan lebat, hari-hari biasa kadang tiada orang, yang meramaikan pun hanya melepak sahaja.
"Masing-masing dugaan lain-lain, ingat yang berniaga tepi jalan pacak payung atau khemah tidak teringin ke mahu kedai sendiri," luahnya.

Bagaimanapun, luahan dan rintihan Amirul mendapat perhatian Linda Onn yang menafikan twitternya itu tiada berunsur dengki dan sengaja.
"Astaghfirullah. Bukan kita suruh bungkus perniagaan orang itu. Bukan dengki. Daripada bungkus, baiklah beri lesen dan adakan peraturan yang sama rata dengan peniaga premis.
"Janganlah 'dibungkus' perniagaan orang,"katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung