Nuffnang

Tuesday, September 4, 2018

Fuh Tedia... !!!! Padah restoran makanan laut 'hidang' tarian lucah atas meja

Padah restoran makanan laut 'hidang' tarian lucah atas meja


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/09/04/08/43/tarian%20atas%20meja.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
SEBUAH restoran makanan laut bakal berdepan dengan penutupan operasi, kerana didapati menganjurkan persembahan tarian lucah di atas meja di hadapan pelanggan.
Rakaman yang diambil di Chonburi, Thailand itu menunjukkan tiga wanita berpakaian seksi dengan berseluar dalam, mendapat jutaan tontonan.
Menerusi rakaman itu juga menunjukkan penari-penari menari dengan aksi yang menghairahkan.
Pelanggan, termasuk keluarga bersama anak kecil turut dilihat menikmati 'hiburan' yang diadakan di sebuah premis.
Gabenor Chonburi, Pattaratorn Tianchai mengarahkan pegawai daerah Siracha untuk melakukan pemeriksaan ke atas restoran berkenaan.
Restoran yang beroperasi sejak lima tahun itu bakal berdepan dengan arahan penutupan premis.
Premis berkenaan merupakan sebuah restoran makanan laut, di mana pelanggan boleh memilih makanan mentah dari tangki, sebelum ia dimasak dan dihidangkan.
Mengenai tarian itu, tidak dipastikan sama ada rakaman diambil untuk persembahan yang diadakan sekali sahaja atau berulang kali. - Mirror Online UK

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung