Nuffnang

Wednesday, September 5, 2018

Tahniah !!! Peserta pertama Ratu England pakai hijab

Peserta pertama Ratu England pakai hijab

Peserta pertama Ratu England pakai hijab
Sara Iftekhar,berharap untuk menjadi Muslim pertama memenangi pertandingan ratu cantik di England.
LONDON - BRITAIN.Seorang peserta pertandingan ratu cantik di England bakal menjadi yang pertama memakai hijab dalam sejarah Ratu England, ketika pusingan akhir pertandingan itu, Selasa depan.
Sara Iftekhar, seorang pelajar jurusan undang-undang adalah antara 50 peserta yang merebut takhta Ratu England dan berharap untuk menjadi Muslim pertama memenangi pertandingan itu.
Iftekhar, 20, yang memenangi pertandingan Ratu Huddersfield untuk mewakili bandar di utara England itu, merupakan seorang jurusolek artis dan sering berkongsi gambar diri sendiri memakai pakaian tradisi Pakistan di media sosial.
Difahamkan, Iftekhar sudah memulakan perniagaan pakaian sejak berusia 15 tahun.
"Saya mungkin wanita pertama memakai hijab. Namun, saya hanya wanita biasa dan mempunyai peluang sama rata dalam pertandingan ini," katanya dipetik laman berita BBC.
Pertandingan akhir Ratu Dunia 2018 bakal dianjurkan di Sanya, China pada November dan Disember depan. -AFP

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung