Misteri... tiada tanda rogol, ganas, mayat dua wanita bogel disumbat dalam bagasi
POLIS memburu seorang suspek bunuh yang dipercayai menjadikan wanita muda sebagai mangsa, selepas menemukan dua mayat wanita dalam keadaan bogel disumbat dalam bagasi hitam.
Penemuan mengerikan dalam dua insiden berasingan itu dikesan dalam tempoh tiga minggu.
Tiada tanda-tanda rogol atau keganasan pada mangsa berusia antara 18 dan 25 tahun.
Mayat pertama dijumpai dekat sebuah taman permainan kanak-kanak di barat daya Moscow, Rusia pada 8 Ogos lalu.
Mayat kedua ditemui di sebuah lorong berhampiran sebuah pusat membeli-belah di tenggara bandaraya itu pada Jumaat lalu.
Pegawai jawatankuasa siasatan, Yuliya Ivanova berkata, tiada kecederaan jelas ditemui pada kedua-dua mayat.
Siasatan kes bunuh dibuka meskipun tiada keputusan muktamad berhubung bedah siasat
Sumber perundangan berkata: "Pada masa ini, sebarang kemungkinan sedang dikaji.
"Persamaan yang ketara itu ternyata membimbangkan," katanya...Mstar
No comments:
Post a Comment