Nuffnang

Monday, October 29, 2018

TErkini !!!! Serpihan pesawat Lion Air, barangan milik mangsa ditemui di perairan Indonesia


Serpihan pesawat Lion Air, barangan milik mangsa ditemui di perairan Indonesia




PESAWAT Lion Air yang membawa 188 penumpang disahkan terhempas dalam laut, ujar agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia.
Pihak berkenaan dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.
Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari mangsa di kawasan tersebut.
Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya berdoa agar mangsa yang masih hidup dapat ditemui.
"Kami tak dapat pastikan lagi jika ada yang terselamat," ujarnya ringkas.

Antara barangan dipercayai milik mangsa penerbangan Lion Air yang ditemui di sekitar perairan Karawang.
Sementara itu, agensi bencana Indonesia turut memuat naik beberapa keping foto barangan seperti telefon, buku, bag dan bahagian pesawat yang dikutip oleh pasukan pencarian ke laman Twitter.
Yusuf Latif, jurucakap Lion Air berkata juruterbang pesawat malang itu melaporkan masalah teknikal sejurus berlepas, sebelum ia terputus hubungan 13 minit selepas itu.
Ujarnya lagi, krew sebuah kapal tunda turut melaporkan melihat pesawat itu terhempas.
Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.
Ia kali terakhir direkodkan terbang pada ketinggian 3,650 kaki (1,113 meter) dan kelajuannya meningkat kepada 345 knot, menurut data yang dirakam laman web itu.

Tompokan minyak kelihatan di perairan Karawang dipercayai milik pesawat Lion Air.
Kedudukan terakhir pesawat itu adalah kira-kira 15 kilometer di utara pantai Indonesia, menurut rujukan Google Map mengenai kedudukan terakhir yang dilaporkan Flightradar24.
Menurut Flightradar 24, pesawat itu merupakan model Boeing 737 MAX 8.
Pesawat itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangkan mendarat di Bangka-Belitung pada pukul 7.20 pagi.
"Kami tidak boleh memberi sebarang komen ketika ini.
"Kami cuba mengumpul semua maklumat dan data," kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.
Lion Air merupakan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar dan baharu di Indonesia.
Ia menghubungkan penumpang ke laluan domestik dan juga antarabangsa. - ABC.Net.Au

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung