Nuffnang

Tuesday, November 6, 2018

Fuh Dahsyat..!!! Budak 4 tahun terlantar di ICU dirogol beramai-ramai


rogol
Gambar hiasan.
SEORANG budak perempuan berusia empat tahun, didakwa dirogol beramai-ramai oleh seorang kakitangan hospital dan empat yang lain.
Ketika kejadian, mangsa terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Uttar Pradesh, India.
Menurut Sky News, kanak-kanak itu menerima rawatan di hospital selepas dipatuk ular.
Pegawai polis, Mahesh Srivastava berkata, mangsa memberitahu neneknya bahawa dia dirogol oleh seorang kakitangan hospital, dan empat yang lain pada Sabtu malam.
Laman web itu melaporkan seorang lelaki ditahan dan polis kini sedang memburu suspek yang lain.
Pasukan penyiasat meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menyiasat mengapa kanak-kanak tersebut dibiarkan bersendirian di ICU. - Mirror Online

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung