&h=413&crop=1&/
SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa merogol bekas isterinya secara beramai-ramai, bersama dua rakannya.
Insiden mengejutkan itu berlaku di daerah Jamtara di Jharkhand, India pada Rabu malam.
Sumber polis memberitahu media tempatan bahawa mangsa pergi ke pawagam, sebelum bertembung dengan bekas suami dan dua rakan.
Tiga lelaki didakwa menarik mangsa dan dibawa ke padang berhampiran sebelum merogolnya.
Kemaluan mangsa kemudian ditusuk dengan batang kayu.
Penduduk tempatan mendengar jeritan wanita berkenaan menangis meminta bantuan keesokan harinya, dan dibawa ke sebuah hospital di bandar Narayanpur.
Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Jamtara Sadar.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu tiba di hospital kedua.
Bekas suami mangsa ditahan, dan pasukan penyiasat kini memburu dua lagi suspek. - Mirror Online
No comments:
Post a Comment