Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16, disedari meninggal dunia oleh ibunya jam 12.45 tengah hari selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, ibu mangsa yang telah pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama anaknya berasa tidak sedap hati apabila mendapati mangsa tidak bangun dari pagi.
"Sebelum keluar jam 7.45 pagi untuk pergi kerja, wanita berkenaan yang berusia 51 tahun melihat mangsa dalam keadaan tertiarap di lantai bilik tidur dan menyangkanya masih tidur.
Menurutnya, wanita itu cuba mengejutkan mangsa, tetapi tidak menunjukkan sebarang tindak balas selain mendapati badannya sejuk.
Beliau berkata, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
"Pemeriksaan pada fizikal mangsa tiada kesan lebam atau luka kecederaan melainkan di telinga sebelah kirinya ada kesan darah.
"Ketika itu mangsa sedang memakai 'earphone' dan telefon bimbitnya yang berada bersebelahan telinganya sedang dicas,"katanya.
Anuar Bakri berkata, abang mangsa yang cuba mematikan suis turut mendapati terdapat kesan renjatan elektrik pada wayar itu.
Katanya, laporan bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Tuanku Jaafar Seremban hari ini mengesahkan mangsa meninggal akibat renjatan elektrik. Sinar harian
No comments:
Post a Comment