Nuffnang

Wednesday, January 23, 2019

Fuh Tedia !!! Najib ajar pemimpin PH buat kumpulan WhatsApp

Najib ajar pemimpin PH buat kumpulan WhatsApp

A
 
A

SHAH ALAM - Ketidakseragaman mengeluarkan kenyataan dan bertindak sehingga mewujudkan perbalahan dalam kalangan sesama pimpinan PH sering berlaku, tertarik dengan perkara itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil untuk memperbaiki keadaan tersebut.
Terbaharu, kecelaruan mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Wan Azizah yang kononya dibacakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon di Majlis pelancaran projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 'Enhanced Malaysia International Internet Gateway' (EM-IIG) menarik perhatiannya.
Katanya, masalah ini selesai sekiranya semua pimpinan PH ini mewujudkan kumpulan WhatsApp khusus bagi mengatur kelancaran harian pemimpin PH ini untuk bertindak agar berlaku keseragaman.
"Timbalan Speaker Parlimen boleh salah-gunakan nama Timbalan Perdana Menteri di dalam majlis pelancaran projek swasta?
"Adoi! Maka negara bertambahlah kucar-kacir. Buatlah WhatsApp group sesama diri. Anda rasa rakyat ada masa untuk pening kepala?," sinisnya yang turut berkongsi cara untuk membuat grup WhatApps.
Najib berkata demikian merujuk kepada ucapan Rashid Hasnon yang telah membacakan satu teks ucapan kononnya daripada Pejabat TPM menggunakan nama Dr Wan Azizah pada Majlis Pelancaran EM-IIG.
Media dimaklumkan TPM tidak dapat hadir ke majlis itu kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pagi ini.
Susulan itu, Pejabat TPM telah menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran adalah perkara yang serius.
Susulan itu, terbaharu Mohd Rashid Hasnon nafi wakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pelancaran projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, Enhanced Malaysia International Internet Gateway (EM-IIG).

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung