Nuffnang

Thursday, January 31, 2019

Perghhh Tediaa !!!! Lupar ikan RM60,000 sekilogram!


RM60,000 sekilogram. Itu harga ‘tidak masuk akal’ limpa ikan terusan jantan menjadi buruan kaki pancing di Sungai Rajang sejak sekian lama.
Dikenali dengan panggilan ‘lupar ikan’ dalam bahasa tempatan, khazanah berharga Sungai Rajang ini dikatakan mempunyai khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
Peniaga, King Chiew Ming, 55, berkata, limpa ikan berkenaan dijadikan sebagai bahan campuran dan popular dalam kalangan pengamal perubatan alternatif.
Katanya, limpa ikan itu juga mampu menjadi bahan awet muda selain penawar penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung dan lemah tenaga batin.
“Harga limpa ikan ini berbeza mengikut jenis dan kualiti. “Namun kebiasaannya spesis ikan jantan lebih mahal berbanding betina kerana dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik.
“Limpa ikan jantan boleh dijual sehingga RM60,000 sekilogram manakala betina pula RM3,300 hingga RM5,000 sekilogram. Sudah pasti dengan harga yang tinggi ia menjadi buruan pemancing dan nelayan,” katanya di Sarikei.
Menurut Chiew Ming, sebelum dijual, limpa ikan perlu dikeringkan terlebih dulu dan perlu disimpan di tempat yang sesuai bagi mengekalkan kualitinya.
Katanya, kebanyakan limpa yang dijualnya diperoleh daripada nelayan selain pemancing tempatan dan hanya dipasarkan pasaran tempatan berikutan permintaannya yang tinggi tanpa mengira waktu.
“Walaupun harganya mahal namun permintaan pelanggan untuk limpa ikan ini sentiasa ada menyebabkan ia antara tumpuan nelayan dan pemancing di Sungai Rajang,” katanya.
Nelayan, Firdaus Jemain, 43, berkata, ikan terusan boleh diperolehi sepanjang Sungai Batang Rajang terutama di kawasan muara sungai.
Katanya, bagi menangkap ikan berkenaan tidak semudah disangka kerana mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mampu menaikkan ikan itu yang dianggap ‘liar dan sensitif’.
“Sifatnya yang liar dan sensitif dengan persekitaran menyebabkannya sukar diperoleh. Jadi mereka yang berpengalaman saja mampu menjinakkan ikan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, pendapatan lumayan membuatkan pemburunya sanggup bersabar dan bersengkang mata kerana lebih banyak ikan ditangkap, semakin tinggi pulangan dapat diraih.
Firdaus berkata, rezeki menaikkan ikan terusan dianggap tuah kerana ia mampu memberi pulangan yang tidak mengecewakan selain permintaan yang sentiasa tinggi sepanjang masa
Khalid Latip
cnews@nstp.com.my

1 comment:

lovemachoco said...

permisi min numpang share ya :)
bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung