Nuffnang
Friday, July 26, 2019
Wow !!! “Sign tang dada tu!” - Netizen cemburu Cristiano Ronaldo 'sign' autograf jersi Raf Yaakob
“Sign tang dada tu!” - Netizen cemburu Cristiano Ronaldo 'sign' autograf jersi Raf Yaakob
Raf Yaakob gembira apabila pemain bola sepak Cristiano Ronaldo menurunkan tandatangan pada jersinya.
IMPIAN suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob untuk bertentang mata dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo tercapai apabila mereka bertemu dalam satu acara baru-baru ini.
Menurut Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, setelah hampir 16 tahun menyimpan hasrat akhirnya dia dapat bersemuka dengan figura sukan itu semasa perlawanan International Champions Cup di Singapura.
Walaupun keadaan kelam-kabut, pemain kelab Juventus itu sempat menurunkan tandatangan pada jersi yang dipakai Raf.
"16 tahun lamanya tunggu nak jumpa Cristiano, hari itu baru dapat jumpa depan-depan di International Champions Cup.
"Tapi tak dapat bergambar dengan dia... lepas game Juventus, Raf tunggu dia kat media mixed zone sebab tahu dia akan lalu situ nak naik bus balik hotel.
"Apabila dia lalu, dia nampak nama dia kat baju yang Raf pakai, dia pun sign la nama dia besar-besar kat dada Raf dan kemudiannya dia pun berlalu pergi dengan lajunya. Itu sahaja," katanya.
Raf dan Mawar teruja bertemu Cristiano Ronaldo.
Raf berkongsi rakaman pendek momen pertemuan dengan Cristiano Ronaldo itu di Instagram miliknya pada Khamis.
Dalam video tersebut turut kelihatan isterinya Mawar Rashid.
Sementara itu, Raf memberitahu dia masih menyimpan impian untuk bertemu dan bergambar dengan pemain Portugal berusia 34 tahun itu.
"Nanti kalau dapat jumpa lagi Raf nak amik gambar. Buat masa ini tengoklah video ini sebagai bukti. So close and yet so far!," ujarnya.
Raf berkongsi momen tersebut di Instagram miliiknya.
Rata-rata pengikut turut teruja dengan perkongsian adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ini.
Malah, ada yang meluahkan rasa cemburu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan pemain tampan tersebut.
"Ya Allah bestnya, bila boleh dapat peluang macam abang Raf, harap satu hari nanti impian saya akan jadi kenyataan dapat tengok pun jadilah.
"Dapat video pun dah kira okey tu bos... sign tang dada tu!
"Yang termampu tu pun orang lain belum tentu dapat. InsyaAllah next time dapat gambar sekali. Beruntungnya Raf," komen pengikut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PAS) Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan ...
-
SADIS!!! Mayat Remaja Murtad Yang Tidak Diterima Bumi | Berikut merupakan kisah benar dan bukan rekaan semata-mata! Kisah (a) Dua...
-
Disini penulis kongsikan GAMBAR gambar kejadian YANG RATA RATANYA REMAJA ISLAM kita semoga jadi PENGAJARAN,dan SEDEKAHKANLAH AL FA...
-
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir. 24 Shares PAS Selangor menempelak kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Na...
-
Nga Kor Ming dalam wawancara dengan Astro Awani. Kerajaan Singapura bersetuju untuk meminjamkan pakar mereka bagi berkongsi pengalaman den...
-
Tenguk tu kalau naik motor sorang sorang tak pela..ini dengan awek pula.. Awek tu tak takut ka...seronok pulak dia..kalau jatuh muka , berca...
-
Selain memperhebatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menangani kesusahan rakyat dengan menye...



No comments:
Post a Comment