Nuffnang

Thursday, September 5, 2019

Hadirin, media terkejut demonstrasi berakhir tragedi! Ini detik cemas sebelum anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan



Hadirin, media terkejut demonstrasi berakhir tragedi! Ini detik cemas sebelum anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan

Pasukan perubatan anggota tentera ketika memberi rawatan awal kepada pegawai tentera Grup Gerak Khas, yang dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah, Rabu. -fotoBERNAMA
HADIRIN termasuk media yang menyaksikan pelancaran Divisyen Kelima Infantri dan Briged ke-13 Infantri di Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu, pagi tadi tidak menyangka acara demonstrasi di majlis itu berakhir dengan tragedi meragut nyawa seorang pegawai komando.
Seperti yang diumumkan oleh pengacara majlis, aksi gimik itu menyaksikan pertembungan antara ‘kumpulan pengganas’ dengan tentera menggunakan peluru hidup merupakan acara akhir pada majlis tersebut bagi menunjukkan anggota pasukan keselamatan menumpaskan kumpulan pengganas.
Kesemua mereka memakai jaket kalis peluru semasa melakonkan aksi-aksi tersebut.
Pegawai Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas Mej Mohd Zahir Armaya memainkan peranan sebagai ‘ketua kumpulan pengganas’ dalam demonstrasi tersebut.
Mohd Zahir merupakan anak kepada pengarah dan pelakon AR Badul atau Armaya Aman Ramlie.
Bernama yang membuat liputan acara pelancaran itu melihat gimik dengan Mohd Zahir secara berhadapan melepaskan sedas tembakan menggunakan pistol terhadap seorang pegawai tentera menyebabkan pegawai tentera itu dilihat menahan kesakitan dan berlutut.
Selepas itu, pegawai berkenaan bangun semula dan melepaskan sedas tembakan menggunakan pistol ke arah Mohd Zahir yang berdiri dalam jarak dekat secara membelakang dengan sasaran satu botol berisi cecair merah di jaket kalis peluru dipakai Mohd Zahir.
Tembakan itu menyebabkan Mohd Zahir terus rebah dan tidak bangun semula lalu dua anggota tentera menariknya ke tepi padang kawad.
Mohd Zahir kelihatan tidak sedarkan diri dan dipercayai mengalami kecederaan serius.
Anggota perubatan tentera yang berada di majlis pelancaran itu kemudian memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) 1 Kota Kinabalu.
Mohd Zahir disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi di hospital itu. -Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Masih menungu sidang akbar menteri pertahanan mat sabu namanya

Anonymous said...

Dari Pru13 beliau mengelamun menjadi menteri pertahanan pru14 tersima jadi menteri mari kita saksikan kebolehan kemuktaburanya ataupun beliau seorang yg kabur

Tinta Mohd Yusri said...

korang yg takbur sebenarnya..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung