Nuffnang
Tuesday, January 28, 2020
Perghh !!! Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung derita 9 tahun... diejek, kena buli sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka sampah”
Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung derita 9 tahun... diejek, kena buli sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka sampah”
Keadaan gigi Nurin pulih pada tahun 2018 selepas dia menjalani tiga pembedahan besar dan dua pembedahan kecil.
SEMBILAN tahun menanggung derita akibat ketidaksempurnaan gigi depannya, gadis jelita ini akhirnya menarik nafas lega dengan transformasi yang berlaku.
Menurut Nurin Afiqah Zulkfli, 24, dia sudah melalui pelbagai episod duka sejak di bangku sekolah sehinggalah ke insitusi pengajian tinggi disebabkan keadaan giginya itu.
Selain diejek dan dihina, dia juga menjadi mangsa buli sehingga menyebabkan dia kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
"Saya ada komplikasi dari sekolah rendah lagi. Jadi ayah decided untuk buat perubahan. Saya pakai braces dari umur 13 tahun.
"Sepanjang sembilan tahun, saya lalui tiga pembedahan besar dan dua pembedahan kecil kerana gigi saya tertanam dalam gusi.
"Namun semuanya berubah apabila keadaan gigi saya dapat dikembalikan seperti asal pada 2018. Sejak itu, semangat saya lain macam. Memang berubah hidup ini," ujarnya kepada mStar.
Nurin sudah menjalani lima pembedahan untuk merawat giginya.
Mesra disapa Nurin, dia turut memperincikan episod hitam dalam hidupnya yang teruk dibuli sehingga ada yang sanggup mewujudkan 'Kelab Anti Nurin' gara-gara kekurangan rupa-parasnya pada waktu itu.
Tambahnya, dia bagaimanapun enggan berdendam sebaliknya mahu memanfaatkan perubahan hidupnya pada hari ini bagi memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.
"Saya memang dikutuk, dibuli, diejek dan difitnah. Orang cakap saya muka sampah. Ada yang gelar gigi tak siap, pagar tak siap dan sebagainya.
Nasihat saya, janganlah terlalu dengar cakap-cakap orang. Kata-kata itu tak bawa kita kemana-mana pun
NURIN AFIQAH ZULKIFLI
JURULATIH ZUMBA
"Ada kumpulan pelajar di sekolah buat 'Kelab Anti Nurin' dan tiada kawan yang pertahankan saya. Tapi pada saya, walaupun bersendirian, kita boleh atasi hal itu.
"Kena pandai usaha. Kita tak boleh betulkan mulut orang, apa kita boleh buat ialah perbaiki diri sendiri.
"Nasihat saya, janganlah terlalu dengar cakap-cakap orang. Kata-kata itu tak bawa kita kemana-mana pun," ujarnya lagi.
Nurin kini sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan makanan.
Kini, Nurin mengakui hidupnya cukup bahagia dan dia mahu orang lain turut merasai hal sama.
Selain sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan makanan, dia juga masih lagi bekerja sebagai jurulatih zumba.
Dalam pada itu, perkongsian kisah Nurin mengenai giginya menerima hampir 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.
Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan mStar sekitar Ogos tahun lalu setelah video dia menari zumba dalam koc Transit Aliran Masa (MRT) menjadi tular.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini ...
-
HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKI...
-
Inilah sikap Pemimpin BN Yang Suka Bermewah Mewah..Biar Hampa makan Kangkung...Kami Makan Asparagus n..Brokoli..Banyak duit s...
-
NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam. Empat sekeluarga disimbah asid KUALA TE...
-
Sebahagian besar bandar raya Alor Setar ditenggelami banjir manakala beberapa batang jalan utama ditutup kepada semua kenderaan semalam. ALO...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
ANGGOTA penguat kuasa MBAS menyita peralatan peniaga ingkar dalam operasi Ramadan di Alor Setar semalam. ALOR SETAR – Tindakan Majlis Ba...



No comments:
Post a Comment