Nuffnang

Tuesday, February 25, 2020

Kami gagalkan konspirasi singkir PM di tengah penggal - Azmin


Kami gagalkan konspirasi singkir PM di tengah penggal - Azmin


Usaha pihak tertentu menyokong Dr Mahathir Mohamad sekarang membuktikan mereka kini sedar "kesalahan yang mereka lakukan," kata sekumpulan bekas pimpinan PKR yang diketuai Azmin Ali.
Dalam suatu kenyataan bersama, para anggota parlimen itu menjelaskan tindakan mereka bermaksud untuk menghalang konspirasi yang bertujuan menjadikan Dr Mahathir sebagai 'perdana menteri yang pincang' (lame duck) dengan memaksa peralihan kuasa pada pertengahan penggal mandat PRU.
"Justeru itu kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri di tengah-tengah penggal.
"Langkah yang kami lakukan adalah untuk menjamin keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan untuk meningkat tahap sosioekonomi rakyat seperti yang terkandung Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Iklan
"Justeru itu kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan perdana menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa perdana menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.
"Usaha kami terbukti benar bahawa pihak tersebut kini menyedar kesalahan yang mereka lakukan, lantaran itu kenyataan mereka menyokong Dr Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri hingga akhir penggal," jelas mereka.

Kenyataan terakhir ini merujuk kepada sokongan daripada Amanah dan DAP kepada Dr Mahathir untuk terus menjadi perdana menteri. Bagaimanapun, sokongan dua parti ini tidak menyebut sehingga Mahathir menghabiskan penggal mandat PH.
Kenyataan ini ditandatangani pimpinan dan bekas MP PKR Azmin, Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah, Baru Bian, Kamaruddin Jaafar, Mansor Othman, Rashid Hasnon, Edmund Santhara, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin.
Cubaan untuk mengambil alih pentadbiran negara gagal pada hari ini menyebabkan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu, dikatakan kerana tidak merestui gabungan politik baru yang sejajar dengan Azmin.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik beliau sebagai perdana menteri interim sehinggalah kerajaan baru mengangkat sumpah. Malaysiakini

4 comments:

Anonymous said...

kelakar la pengkhianat ni...dia yang buat pm letak jawatan sebelum masanya...dah pengkhianat ada hati nak claim hero...fikir sendiri la, pm pun tak nak bersengkongkol dengan plan khianat rakyat...piiirraaahhh...

#janganrasakitalebihbaikdrorglain said...

Azmin oh azmin...

#janganrasakitalebihbaikdrorglain said...

Kita merancang...Allah menentukan..

Blogger said...

Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

Over 160k women and men are hacking their diet with a simple and SECRET "liquid hack" to burn 1-2lbs each and every night in their sleep.

It is effective and works on anybody.

This is how to do it yourself:

1) Go get a drinking glass and fill it with water half glass

2) Then do this amazing hack

and be 1-2lbs skinnier in the morning!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung