Nuffnang
Wednesday, April 8, 2020
Tedia.. Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah
Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah
Antara aksi yang dikongsikan oleh lelaki itu.
PERINTAH berkurung di beberapa negara bagi mengekang penularan Covid-19 memaksa orang ramai tidak meninggalkan kediaman mereka.
Dalam tempoh itu, banyak aksi kreatif ditayangkan dalam usaha menghilangkan kebosanan yang melanda.
Di Sepanyol misalnya, seorang pembikin filem berasal dari Jerman membuat video bermain ski di dalam rumah.
Kata Philipp Klein Herrero, 28, video menggunakan teknik stop-motion itu menerima hampir setengah juta tontonan setelah ia dikongsi.
Dia menggunakan teknik stop-motion dalam penghasilan video itu.
"Perintah berkurung menyebabkan rancangan dengan keluarga terpaksa ditunda.
"Jadi saya terfikir bagaimana mahu bermain ski tanpa meninggalkan rumah?
"Saya alihkan perabut, letak kamera dan pakai pakaian bermain ski. Kemudian saya ambil masa empat jam untuk sunting," katanya.
Bukan sekadar bermain ski, dia mahu video itu membawa mesej bermanfaat untuk orang ramai.
Ujarnya, apa yang penting penonton boleh tersenyum melihat video miliknya biarpun dunia sedang berduka dengan Covid-19.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Inilah bentuk laporan Polis yang dibuat Penjelasan Punca Sebenar Mohd Said Buat Laporan Polis Dakwa Diganggu Laungan Azan Yang Nyari...
-
PAS, PKR bertembung di Labuan dan Sg Acheh PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan d...
-
KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR. Khitam Be...
-
Tidak tahan godaan wang RAMAI gadis tempatan terperangkap dengan dunia pelacuran kerana mahu hidup mewah. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Ber...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...


No comments:
Post a Comment