Nuffnang
Sunday, April 19, 2020
Tediaa !!! PKP: Undang-undang terpakai kepada semua, jangan fikir ‘anda istimewa’, kata Tun M
PKP: Undang-undang terpakai kepada semua, jangan fikir ‘anda istimewa’, kata Tun M
Tun Dr Mahathir mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Foto: The Star
"JANGAN fikir anda istimewa daripada yang lain," demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mantan Perdana Menteri itu ketika bercakap menerusi mesej video di kediamannya di Seri Kembangan berkata, individu yang berkenaan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada laporan, kita serah pada polis...” - Ismail Sabri komen insiden beberapa VIP ingkar PKP, hadir kenduri di maahad tahfiz
"Nampaknya sebilangan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan dianggap 'lebih istimewa' daripada orang lain ketika melanggar PKP.
"Pemerintah harus memberikan contoh yang baik. Mereka harus mengikuti peraturan yang mereka buat sendiri, tetapi sepertinya mereka menganggap mereka 'lebih istimewa'.
"Di Malaysia, kita mengikuti peraturan undang-undang. Undang-undang tidak membeza-bezakan. Peraturan yang dibuat (untuk PKP) berdasarkan undang-undang dan mesti terpakai kepada semua orang," kata Dr Mahathir.
Terdahulu, Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar PKP termasuk orang kenamaan.
Sejak Jumaat, tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Seri Dr Noor Azmi dan exco negeri Perak, Razman Zakaria, yang dilihat menikmati makanan bersama kira-kira 30 yang lain, termasuk pelajar, di sebuah tahfiz di Lenggong, Perak.
Foto yang dimuat naik di Facebook Noor Azmi, kemudian dipadamkan setelah ramai yang mempersoalkan tindakannya melanggar PKP.
Sebelum itu tular gambar Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Mohamad, yang sedang menikmati makan tengah hari bersama sekumpulan ahli Umno ketika PKP. - THE STAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Is this the stupidest man in Britain? Father pushes toddler along in pushchair beneath towering waves as angler dies in flash floods As gian...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Apabila Zahid Hamidi merayu muslimat berdoa untuk kesihatan anaknya..! Kisah Anak Zahid Hamidi . Dalam kempennya kepada pengun...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
salam buat semua, Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. ...
-
Penyokong Pas Melakukan Solat hajat.. Himpunan Hijau Di Selangor
-
Undi Awal atau undi POS .... At Kem PGA Galing,Kuantan SPR sila jawab... Mana wakil pemerhati Pembangkang? pada mulanya SPR kat...
Follow twitter
Harga Minyak dan Logam Dunia
Commodities | ||
---|---|---|
Crude Oil | 66.51 | -0.59% |
Natural Gas | 3.41 | -2.32% |
Gasoline | 2.12 | - |
Heating Oil | 2.37 | -1.77% |
Gold | 3331.60 | -0.49% |
Silver | 36.78 | +0.97% |
Copper | 5.10 | -1.02% |
2025.07.07 end-of-day | » Add to your site |
1 comment:
Atok, tolonglah. Kenyataan anda macam omputih kata : pot calling the kettle black
Post a Comment