Kejam! Jururawat hamil dirogol ketika
menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19
Seorang jururawat
menceritakan detik dirinya dirogol ketika sedang menunggu bas untuk pulang ke
rumah. Foto: Metro.co.uk
SEORANG jururawat yang sedang hamil
menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol
ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit Covid-19.
Jururawat berusia 48 tahun itu berkata,
pada hari kejadian Ahad lalu, dia diserang oleh seorang lelaki di sebuah
perhentian bas di Corso Arnaldo Lucci Metropark, Naples, Itali.
Penyerang tersebut melompat dari
pagar dan menerkam ke arahnya yang ketika itu sedang menunggu bas untuk pulang ke
rumah.
Menyangka penyerang itu mahu
merompak, jururawat berkenaan menawarkan dompetnya namun lelaki berkenaan
berkata itu bukan perkara yang dimahukannya.
Penyerang tersebut terus
menolaknya ke tanah dan tanpa belas kasihan terus melakukan perbuatan terkutuk
tersebut.
Jururawat itu memberitahu La
Repubblica: "Dia (penyerang) terus mengulangi 'biarkan saya melakukan apa
yang saya mahukan atau saya akan membunuh anda. Diam dan jangan menjerit'.
"Penyerang itu adalah dua
kali ganda dari saiz badan saya. Dia marah kerana seluar jeans saya terlalu
ketat"
Insiden ngeri itu hanya berhenti
ketika bas tiba dan pemandu mula menjerit kepadanya.
Pihak tentera tiba di tempat
kejadian dan mengepung lelaki itu sehingga ketibaan polis.
Suspek
yang merupakan pendatang haram dari Senegal kemudian ditahan untuk tindakan
lanjut - Metro.co.uk
1 comment:
Sejak MCO ni perogol pun lama kempunan. Hati2 lah semua kaum wanita di luar sana. Jaga diri.
Post a Comment