Wanita lumpuh ditanam anak
hidup-hidup masih bernafas walaupun tanpa makan, minum tiga hari
Wanita lumpuh itu
berjaya diselamatkan polis.
SEORANG wanita lumpuh yang
ditanamkan hidup-hidup di dalam sebuah keranda reput selama tiga hari berjaya
diselamatkan polis.
Polis Wilayah Shaanxi di barat
laut China dipanggil ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada
menantu perempuan wanita berusia 79 tahun itu.
Polis berjaya mengeluarkan mangsa
yang dipenuhi lumpur dan masih bernafas.
Anak lelaki mangsa yang dikenali
sebagai Ma masih ditahan polis atas dakwaan cuba membunuh ibunya.
Penyiasat berkata suspek meletak
ibunya di dalam kereta sorong dan membawanya keluar rumah sekitar pukul 8 malam
Sabtu sebelum kembali awal pagi keesokan harinya.
Ketika isterinya, Ms Zhang
bertanya mengenai ibu mentuanya, Ma berkata dia mengupah pemandu van untuk
membawa ibunya ke rumah saudara mereka.
Isterinya mencurigai Ma dan pergi
ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan ibu mentuanya.
Pihak berkuasa memanggil Ma ke
balai polis di mana dia mengaku menanam ibunya hidup-hidup di sebuah keranda
yang sudah reput.
Polis menjejaki lokasi tersebut dan terkejut menemui wanita warga emas tu masih lagi bernafas meskipun tanpa makan dan minum selama tiga hari. -
Wanita lumpuh itu
berjaya diselamatkan polis.
SEORANG wanita lumpuh
yang ditanamkan hidup-hidup di dalam sebuah keranda reput selama tiga hari
berjaya diselamatkan polis.
Polis Wilayah Shaanxi
di barat laut China dipanggil ke lokasi kejadian selepas menerima laporan
daripada menantu perempuan wanita berusia 79 tahun itu.
Polis berjaya
mengeluarkan mangsa yang dipenuhi lumpur dan masih bernafas.
Anak lelaki mangsa
yang dikenali sebagai Ma masih ditahan polis atas dakwaan cuba membunuh ibunya.
Penyiasat berkata
suspek meletak ibunya di dalam kereta sorong dan membawanya keluar rumah
sekitar pukul 8 malam Sabtu sebelum kembali awal pagi keesokan harinya.
Ketika isterinya, Ms
Zhang bertanya mengenai ibu mentuanya, Ma berkata dia mengupah pemandu van
untuk membawa ibunya ke rumah saudara mereka.
Isterinya mencurigai
Ma dan pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan ibu mentuanya.
Pihak berkuasa
memanggil Ma ke balai polis di mana dia mengaku menanam ibunya hidup-hidup di
sebuah keranda yang sudah reput.
Polis menjejaki lokasi tersebut dan terkejut menemui wanita warga emas
tu masih lagi bernafas meskipun tanpa makan dan minum selama tiga hari. -
1 comment:
da kenapa tanam hidup hidup tu..nasib umur masih panjang
Post a Comment