Nuffnang

Wednesday, May 6, 2020

Wow !! Rider tergamam berdepan ‘kebaikan manusia’, lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free!


Rider tergamam berdepan ‘kebaikan manusia’, lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free!



Seorang penghantar makanan menerima sumbangan makanan untuk berbuka puasa daripada seorang pelanggan wanita berbangsa Cina. Foto GrabFood/gambar hiasan: Hadi Rahman

SUNGGUH misteri apabila seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan menerusi aplikasi mudah alih, tetapi tidak mahu ia dihantar ke lokasi di mana dia berada.

"Tak perlu hantar. Tak perlu hantar pesanan ini kepada saya," menurut nota yang ditujukan kepada penghantar makanan atau rider berkenaan menerusi aplikasi tersebut.

Semestinya timbul tanda tanya, menyebabkan penghantar makanan itu yang beroperasi di Pulau Pinang terpanggil untuk mendedahkan kisah yang dialaminya bersama seorang pelanggan wanita berbangsa Cina.


"Tiba-tiba job masuk. Macam biasa tengok kedai mana dan hantar ke mana. Rupa-rupanya pelanggan tu hadiahkan/sedekahkan makanan yang dia order dari sebuah restoran di Permatang Pauh untuk rider GrabFood berbuka puasa," katanya menerusi perkongsian di halaman Facebook Penang Kini.



Tiga tempahan yang dibuat menerusi aplikasi servis penghantaran makanan.

Kemurahan hati wanita bernama Penny itu dapat dilihat menerusi sumbangannya untuk rider berkenaan berbuka puasa.

"Ini adalah hadiah untuk kamu dan keluarga kamu. Atau kamu juga boleh kongsikannya dengan rakan setugas lain.

"Jaga diri, kekal selamat dan selamat berbuka puasa!" ujar Penny.



Pesanan yang dibuat sebagai juadah berbuka puasa penghantar makanan berkenaan.

Tiga hidangan yang ditempah Penny adalah nasi kerabu ayam bakar, nasi kerabu daging dan nasi kerabu ikan.

"Rezeki PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nampaknya ini daripada seorang wanita Cina yang baik hati. Allahu... terkejut pun ada.

Selama hidup aku ni penah dengar je cerita-cerita kebaikan manusia. Walaupun berlainan bangsa namun masih ada rasa kasih sayang antara kita manusia

PENGHANTAR MAKANAN

"Selama hidup aku ni penah dengar je cerita-cerita kebaikan manusia. Walaupun berlainan bangsa namun masih ada rasa kasih sayang antara kita manusia," kata pemuda tersebut.

Namun, hanya satu permintaan Penny daripada penghantar makanan berkenaan.



Permintaan daripada Penny selain ucapan berbuka puasa.

"Jika kamu boleh ambil gambar makanan selepas kamu memdapatkannya, ia akan membantu saya untuk memberikan rating kepada restoran itu," kata Penny.

Dan apa yang lebih menggembirakan penghantar makanan itu adalah kisahnya bersama wanita berbangsa Cina bernama Penny itu berlaku pada hari ulang tahunnya.

"Hari ni hari lahir aku. Dapat kebahagiaan berganda. Aku cuma nak sampaikan kisah yang jadi kat aku dan aku sangat hargai kebaikan wanita Cina ini," katanya.


2 comments:

Lone ranger pomen said...

Allahuakbar, kena Kat Aku la, mau menitik air mata ni... Ni la Yg kita akan dpt jika menjaga keharmonian diswbuah negara Yg berbilang Kaum...

Lelakidicermin said...

Aku nak kongsi satu cerita.. masa nak umum sape bertanding pkr di negeri selangor.. dibuah padang di amcopmall kalau tak salah aku nama tempat tu...waktu maghrib menderu org nak solat maghrib kat komplek tu.. bukan puluh org.. ribu aku ingat.. semua tandas lelaki penuh kejadian tu kat paras 3.. bayangkan kalau ada kepala paip dlm tandas lelaki tu 6 biji.. luar tandas ramai lagi. DiTandas ppuan keluar ahsow dgn anak dia. Bila dia tgk ramai lelaki luar tandas.. dia boleh ckp.. takpa2.. masuk tandas lady . Sy jaga luar..aku lepas wuduk dlm tandas tu keluar.. berkali2 aku ucap TQ kat ahsow tu... sambil menunduk..nak bergenang gak airmata aku ... dia boleh faham situasi org islam masa tu...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung