Nuffnang

Tuesday, May 5, 2020

“Cantik, kaya, sampai bila tunggu datang hidayah?” - Inul Daratista 'geram' komen netizen tentang hijab

“Cantik, kaya, sampai bila tunggu datang hidayah?” - Inul Daratista 'geram' komen netizen tentang hijab



Inul memasang impian tubuh sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.

PENYANYI dangdut Inul Daratista meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir netizen mempersoalkan mengenai penampilannya berhijab.

Menerusi siaran langsung di Instagram, Inul berkata dia akan mengenakan tudung tanpa paksaan kerana hidayah itu adalah milik Allah.

"Tapi kan apa yang kita mahu orang lain tidak tahu. Kadang-kadang saya merasa geram kepada orang yang cakap 'bonda cantik apabila berhijab... mahu sampai bila menunggu hidayah? Inul kan sudah kaya'.

"Tak perlulah cakap seperti itu kerana hidayah datang daripada Allah! Anda tidak boleh menyuruh saya," katanya.

Dalam pada itu, Inul turut memberitahu cita-citanya mahu membina sekolah tahfiz dan rumah untuk anak-anak yatim.

"Saya mahu punya sekolah asrama mengajar pendidikan Islam dan mahu buka rumah anak yatim. Itulah cita-cita dan harapan saya," ujarnya.

SUMBER: Tribunnews

 


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung