Nuffnang

Monday, May 4, 2020

Tunggu 2 minggu nak dapat tart Cadbury, tapi isi kotak buat si gadis frust


Tunggu 2 minggu nak dapat tart Cadbury, tapi isi kotak buat si gadis frust - “Bukan hancur tapi hilang terus!”

Bungkusan kuih tart yang dihantar Jiha kepada rakannya di Langkawi lesap dan digantikan dengan gumpalan kertas.
BELI kuih tart Cadbury tapi dapat kertas.
Begitulah nasib dialami seorang gadis apabila kuih tart yang ditunggu-tunggu sejak dua minggu lalu bukan saja lesap tetapi kotak pengeposan diisi dengan gumpalan kertas.
Kisah sedih menimpa gadis itu dikongsi rakannya yang juga peniaga kuih tersebut menerusi satu bebenang di Twitternya.
Perkongsian itu mendapat 6,000 ulang kicau dan 4,600 tanda suka.
Keadaan kotak bungkusan berisi kuih tart yang diterima rakan Jiha.
Menurut Nurul Najiha Ahmad Zabrin, insiden itu amat mengejutkan kerana pertama kali berlaku sejak dia menggunakan kurier untuk menghantar tempahan pelanggannya.
“Memang saya terkejut bila kawan beritahu kotak bungkusan ada kesan terbuka di bahagian penutup kemudian hanya distapler.
“Padahal sebelum pos tu saya dah wrap dengan bubble wrap kotak tart tu banyak lapisan. Lepas tu baru masukkan dalam kotak kemudian diseal dengan pita pelekat banyak-banyak.
“Tengok-tengok bukan saja kuih lesap, paling sedih dalam kotak diganti dengan kertas. Kawan memang terkilan sebab dia memang teringin nak rasa kuih tu, ” katanya kepada mStar.
Jelas anak keempat daripada tujuh beradik itu, dia menghantar tempahan kawannya itu ke Langkawi kerana ingin menguji sama ada kuih tersebut hancur atau tidak ketika dihantar menggunakan kurier.
“Ini kali pertama saya berniaga kuih tart Cadbury, jadi saja nak test hancur ke tak kalau hantar guna pos.
Jiha berniaga kek, desert dan kuih tart Cadbury secara atas talian.
“Sekali bukan hancur tapi hilang terus. Saya pun pelik kenapa ada yang tergamak buat macam tu. Mana amanah staf kurier tersebut.
“Kesian kawan sebab hari-hari dia check tracking number, sekali bila bungkusan dah sampai, ada kertas je, ” katanya.
Disebabkan masih terkejut dengan insiden itu, Nurul Najiha atau mesra disapa Jiha berkata dia hanya mengambil tempahan di sekitar Port Dickson sahaja.
“Sebelum ni saya jual kek dan desert. Kiranya baru nak try berniaga kuih tart Cadbury Ramadan ni.
Nasib baiklah pelanggan tu kawan sendiri, cuba bayangkan kalau orang lain. Memang saya dah kena maki.
NURUL NAJIHA AHMAD ZABIRIN.
Peniaga kek.
“Bila dah jadi macam ni memang saya serik nak guna kurier untuk hantar tempahan pelanggan. Jadi saya ambil order di sekitar Port Dickson saja, ” katanya.
Susulan insiden itu, Jiha berkata dia telah membuat aduan menerusi e-mel kepada syarikat kurier terbabit, dua hari lalu.
“Saya buat report sebagai bukti pada masa akan datang. Ini kerana ada staf kurier tu DM saya personal. Dia kata saya tipu reka cerita. Banyak pula masa saya nak buat cerita.
“Dia ada minta saya tunjuk gambar sebelum dan selepas kotak diterima. Saya pun tak terfikir nak ambil gambar sebelum sebab tak expect akan jadi macam ni.


Tweet Jiha mendapat perhatian netizen.
"Nasib baiklah pelanggan tu kawan sendiri, cuba bayangkan kalau orang lain. Memang saya dah kena maki, ” katanya.
Jiha berkata dia buat perkongsian itu kerana mahu meluahkan rasa terkilan dengan perkhidmatan kurier tersebut.
“Saya just nak share pengalaman saya supaya syarikat tu lebih alert tentang apa yang berlaku.
“Rupa-rupanya ramai juga pernah terkena. Ada sampai hilang i-Phone, sambal dan tepung kek. Ada juga kerugian sehingga RM5,000, ” katanya.
Rata-rata bersimpati dengan nasib menimpa rakan Jiha.
“MasyaAllah rare betul kes ni. Bulan puasa pula tu, ” kata Ezah.
“Dia ingat barang berharga, sekali buka dapat makanan, bagai orang mengantuk disorong bantal, tengah lapar ada makanan, ” kata Apai.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung