Rider tergamam berdepan ‘kebaikan manusia’, lebih touching kejutan
dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free!
Seorang penghantar
makanan menerima sumbangan makanan untuk berbuka puasa daripada seorang
pelanggan wanita berbangsa Cina. Foto GrabFood/gambar hiasan: Hadi Rahman
SUNGGUH misteri apabila
seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan menerusi
aplikasi mudah alih, tetapi tidak mahu ia dihantar ke lokasi di mana dia
berada.
"Tak perlu hantar. Tak perlu hantar pesanan ini kepada saya,"
menurut nota yang ditujukan kepada penghantar makanan atau rider berkenaan
menerusi aplikasi tersebut.
Semestinya timbul tanda tanya, menyebabkan penghantar makanan itu yang
beroperasi di Pulau Pinang terpanggil untuk mendedahkan kisah yang dialaminya
bersama seorang pelanggan wanita berbangsa Cina.
"Tiba-tiba job masuk. Macam biasa tengok kedai
mana dan hantar ke mana. Rupa-rupanya pelanggan tu hadiahkan/sedekahkan makanan
yang dia order dari sebuah restoran di Permatang Pauh
untuk rider GrabFood berbuka puasa," katanya menerusi
perkongsian di halaman Facebook Penang Kini.
Tiga tempahan yang dibuat menerusi aplikasi servis penghantaran makanan.
Kemurahan hati wanita
bernama Penny itu dapat dilihat menerusi sumbangannya untuk rider berkenaan
berbuka puasa.
"Ini adalah
hadiah untuk kamu dan keluarga kamu. Atau kamu juga boleh kongsikannya dengan
rakan setugas lain.
"Jaga diri,
kekal selamat dan selamat berbuka puasa!" ujar Penny.
Pesanan yang dibuat sebagai juadah berbuka puasa penghantar makanan berkenaan.
Tiga hidangan yang
ditempah Penny adalah nasi kerabu ayam bakar, nasi kerabu daging dan nasi
kerabu ikan.
"Rezeki PKP
(Perintah Kawalan Pergerakan) nampaknya ini daripada seorang wanita Cina yang
baik hati. Allahu... terkejut pun ada.
Selama hidup aku ni penah dengar je
cerita-cerita kebaikan manusia. Walaupun berlainan bangsa namun masih ada rasa
kasih sayang antara kita manusia
PENGHANTAR MAKANAN
"Selama hidup
aku ni penah dengar je cerita-cerita kebaikan manusia. Walaupun berlainan bangsa
namun masih ada rasa kasih sayang antara kita manusia," kata pemuda
tersebut.
Namun, hanya satu permintaan Penny daripada penghantar makanan berkenaan.
Permintaan daripada Penny selain ucapan berbuka puasa.
"Jika kamu boleh
ambil gambar makanan selepas kamu memdapatkannya, ia akan membantu saya untuk
memberikan rating kepada restoran itu," kata Penny.
Dan apa yang lebih
menggembirakan penghantar makanan itu adalah kisahnya bersama wanita berbangsa
Cina bernama Penny itu berlaku pada hari ulang tahunnya.
"Hari ni hari
lahir aku. Dapat kebahagiaan berganda. Aku cuma nak sampaikan kisah yang jadi
kat aku dan aku sangat hargai kebaikan wanita Cina ini," katanya.
2 comments:
Allahuakbar, kena Kat Aku la, mau menitik air mata ni... Ni la Yg kita akan dpt jika menjaga keharmonian diswbuah negara Yg berbilang Kaum...
Aku nak kongsi satu cerita.. masa nak umum sape bertanding pkr di negeri selangor.. dibuah padang di amcopmall kalau tak salah aku nama tempat tu...waktu maghrib menderu org nak solat maghrib kat komplek tu.. bukan puluh org.. ribu aku ingat.. semua tandas lelaki penuh kejadian tu kat paras 3.. bayangkan kalau ada kepala paip dlm tandas lelaki tu 6 biji.. luar tandas ramai lagi. DiTandas ppuan keluar ahsow dgn anak dia. Bila dia tgk ramai lelaki luar tandas.. dia boleh ckp.. takpa2.. masuk tandas lady . Sy jaga luar..aku lepas wuduk dlm tandas tu keluar.. berkali2 aku ucap TQ kat ahsow tu... sambil menunduk..nak bergenang gak airmata aku ... dia boleh faham situasi org islam masa tu...
Post a Comment