Nuffnang

Friday, June 12, 2020

Penerbangan batal akibat perintah berkurung, pemain bola sepak tidur di lapangan terbang 74 hari


Penerbangan batal akibat perintah berkurung, pemain bola sepak tidur di lapangan terbang 74 hari





Muller kini dipindahkan ke sebuah hotel dan akan tinggal di situ sehingga penerbangan antarabangsa beroperasi semula.

SEORANG pemain bola sepak Ghana menghabiskan masa selama 74 hari di lapangan terbang India susulan perintah berkurung akibat Covid-19 dilaksanakan di negara itu.

Randy Juan Muller berlepas ke India pada November selepas bersetuju kontrak selama enam bulan bersama Kelab ORPC Kerala.

Namun dia membuat tempahan tiket penerbangan untuk pulang ke Ghana pada 30 Mac lalu dan menggunakan kereta api ke Mumbai.

Tiga hari kemudian Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung di negara itu sekurang-kurangnya selama 21 hari.

Ini bermaksud penerbangan domestik mahupun luar negara dibatalkan.

Sejak itu Muller tinggal di lapangan terbang meskipun meminta pertolongan Konsulat Ghana di Mumbai.

Muller mula menggunakan Twitter untuk meminta bantuan dan usahanya itu disedari seorang wartawan tempatan.

Wartawan tersebut bagaimanapun menghubungi Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar, Aaditya Thackeray yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Mumbai.

Tidak lama kemudian Muller dibawa dari lapangan terbang ke sebuah hotel dan dibenarkan tinggal di situ sehingga penerbangan antarabangsa dibenarkan beroperasi semula. - Dailystar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung