Nuffnang

Sunday, June 28, 2020

Tedia !!! “Sila tulis dan tembak kepala sendiri” - Lain macam je bunyi... tapi pesanan ‘ganas’ ini tetap dipuji


“Sila tulis dan tembak kepala sendiri” - Lain macam je bunyi... tapi pesanan ‘ganas’ ini tetap dipuji

Foto pesanan ini mengundang tawa pengguna laman sosial selepas ia dikongsi ramai netizen.

DALAM berdepan pandemik Covid-19 di negara ini, ramai yang memandang serius isu itu bagi mengelakkan risiko jangkitan

Malah, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengakui tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) amat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan orang kita mengambil serius segala saranan kerajaan kerana bimbang diri sendiri dan keluarga masing-masing menjadi mangsa wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP5: Tanggungjawab sosial setiap orang patuhi SOP, kata Dr Noor Hisham

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh buka sesuka hati” - Popular bukan tiket untuk pengusaha kedai mamak, pelanggan langgar SOP

Namun sesekali tercuit juga hati apabila wujud insiden-insiden lucu dalam kalangan masyarakat kita berhubung pematuhan SOP yang dikuatkuasakan.

Terbaharu, tular satu kertas memaparkan pesanan dipercayai dilekatkan di sebuah premis yang bertulis: "Sila tulis dan tembak kepala sendiri. OK thank you."

Pemeriksaan suhu badan merupakan salah satu SOP yang perlu dipatuhi.

Pesanan itu merujuk kepada pemeriksaan suhu badan menggunakan termometer yang perlu diacukan ke dahi setiap individu.

Foto pesanan itu dikongsi di laman Twitter @khairul_hafidz pada Jumaat petang sehingga menjadi tular.

Terus teringat time pergi balai polis hari tu. Polis tu check temperature je pun, tapi cara dia 'tembak' dahi aku tu macam nak tembak penjenayah tau! Nak tercabut jantung.

PELAYAR TWITTER

Sehingga kini, ia menerima lebih 2,100 ulang kicau (Retweet).

Malah, beberapa individu turut meninggalkan komen berhubung foto tular itu.

"Walaupun garang, mesej suruh ikut SOP tu kena puji. Dalam lucu ada benarnya.

"Terus teringat time pergi balai polis hari tu. Polis tu check temperature je pun, tapi cara dia 'tembak' dahi aku tu macam nak tembak penjenayah tau! Nak tercabut jantung.

Ismail Sabri sebelum ini memuji pematuhan SOP dalam kalangan rakyat negara ini.

"Lain macam pulak yang kita faham ni," tulis beberapa netizen.

Foto itu turut dikongsi oleh beberapa pelayar Facebook dan turut menerima pelbagai komen menghiburkan.

Dalam berjenaka, mereka turut memuji pesanan itu yang mana ia memberi mesej penting khususnya dalam tempoh negara dilanda pandemik ketika ini.

Sebelum ini, tular juga kisah papan tanda yang menyuruh pelanggan melakukan penjarakkan sosial sehingga 1 kilometer (km) kerana terkeliru dengan arahan asal sejauh 1 meter sahaja.

t kasih Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung