Nuffnang

Tuesday, June 16, 2020

Vespa tepung pelita hangus depan mata, boleh pula tuannya senyum sambil buat thumbs up - “Bukan nak berlagak cool…”


Vespa tepung pelita hangus depan mata, boleh pula tuannya senyum sambil buat thumbs up - “Bukan nak berlagak cool…”

Gelagat Ahmad Muslim yang tersenyum di lokasi kejadian motosikalnya terbakar menjadi perhatian. Foto Ahmad Muslim Awang

SIAPA tak sedih melihat harta kesayangan musnah dijilat api.

Lebih memilukan kejadian berlaku di depan mata.

Namun, seorang pemuda masih mampu mengukir senyum sambil menunjukkan isyarat tangan thumbs up, berdekatan motosikal antik vespa yang sedang terbakar.

"Orang lelaki memang dianugerahkan dengan kesabaran yang bukan-bukan," tulis pengguna Twitter @ali_surabayaa yang memuatnaik foto pemuda berkenaan bersama vespanya yang terbakar di laman sosial sehingga diulang kicau lebih 10,000 kali.

"Ya Allah, kalau vespa terbakar lagi sedih dari semua kesedihan," komen seorang netizen.



Keadaan motosikal milik Ahmad Muslim yang terbakar.

"Tak tahu nak gelak ke sedih ni," ujar netizen lain.

Pemilik vespa berkenaan, Ahmad Muslim Awang berkata, kejadian berlaku semasa dia menyertai konvoi motosikal bersama rakan-rakannya di Kelantan, pagi Jumaat lalu.

Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun memberitahu, motosikalnya mengalami masalah kira-kira 10 kilometer (km) terakhir ketika dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Dabong sejauh 120 km.

"Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi. Masa tu saya tunggang vespa dan rakan membonceng. Kebetulan kami di belakang sekali, manakala yang lain-lain di hadapan.

"Kami berhenti di tepi jalan dan cuba periksa motor mungkin panas ke. Saya cuba lapik dengan kain yang dibasahkan dengan air untuk kasi sejuk dahulu," katanya kepada mStar, sambil menambah konvoi tersebut membabitkan kira-kira 12 orang individu.



Vespa yang hangus 100 peratus.

Ahmad Muslim bagaimanapun berkata, tidak lama kemudian asap keluar secara tiba-tiba dari enjin sebelum terbakar.

"Lima minit selepas keluar asap, vespa saya mula terbakar. Dalam masa setengah jam, vespa tu hangus seratus-peratus. Memang cepat sebab tangki minyak penuh," ujarnya yang berasal dari Pasir Puteh.

Melihat vespa kesayangan yang dibeli secara second hand sejak setahun lalu terbakar di hadapan mata, dia bagaimanapun merasakan tidak berbaloi meratapi dengan kesedihan.



Vespa yang dipanggil 'Tepung Pelita' oleh rakan-rakan merupakan kesayangan Ahmad Muslim.

Sebaliknya, dia bersikap tenang malah rasa bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

"Dalam gambar saya senyum dan buat thumbs up tu bukan sebab saya nak berlagak cool atau kasi viral, tapi saya tak nak orang-orang sekeliling terutama isteri dan keluarga saya risau.


"Saya tak mahu nanti macam-macam soalan ditanya sama ada saya cedera ke, saya okay ke. Apa yang saya nak mereka tahu, saya benar-benar okay.

"Benda dah jadi, biarlah berlaku dengan reda. Anggap ia sebagai ujian dan dugaan. Saya belajar dengan apa yang berlaku, mungkin kesilapan dari saya yang pasang bahagian pada motor tu, sebab punca kejadian disebabkan masalah wiring, ” ujarnya.



Sering meluangkan mangsa bersama rakan-rakan konvoi motosikal.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Ahmad Muslim yang merupakan penjual nasi berlauk di Pasir Puteh berkata, rakan-rakannya yang jauh di hadapan sempat berpatah balik dan menyaksikan motosikalnya terbakar.

"Perkara pertama mereka nampak vespa terbakar adalah keadaan saya dan rakan. Tapi bila mereka sampai di lokasi kejadian, saya elok duduk sambil hisap rokok di tepi jalan.

"Mereka lega saya okay, tapi terkejut juga dengan vespa saya tu yang selama ini dipanggil 'Tepung Pelita' kerana warna hijaunya. 'Tepung Pelita' ni juga saya bawa bila pergi berniaga... kesayangan kan, ” katanya.

 Telegram mStar!

1 comment:

Acuyuhan said...

hi..cantik blog.. bw here :)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung