Nuffnang

Tuesday, June 9, 2020

wow !! Wayar pengecas telefon bimbit ‘berselirat’ dalam pundi kencing, doktor percaya ia ada kaitan dengan kepuasan seksual


Wayar pengecas telefon bimbit ‘berselirat’ dalam pundi kencing, doktor percaya ia ada kaitan dengan kepuasan seksual

Wayar sepanjang kiria-kira 61cm berjaya dikeluarkan daripada pundi kencing seorang lelaki. Foto: SWNS

SEKUMPULAN doktor berjaya mengeluarkan wayar pengecas telefon bimbit sepanjang kira-kira 61 sentimeter (cm) daripada pundi kencing seorang lelaki.

Pesakit berusia 30 tahun itu mendapatkan rawatan di Hospital Guwahati, utara India, selepas mengadu sakit perut minggu lalu.

Menerusi imbasan x-ray, jelas kelihatan imej wayar pengecas itu berselirat di bahagian pundi kencing pesakit lelaki berkenaan dan doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya.

Sekumpulan lima pegawai perubatan melakukan pembedahan tersebut yang mengambil masa selama 45 minit.

Tidak jelas bagaimana wayar telefon bimbit itu 'masuk' ke dalam pundi kencingnya.

Bagaimanapun doktor percaya ia berkemungkinan dimasukkan untuk tujuan 'kepuasan seksual'. - Metro.co.uk


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung