Ibu dua anak tertekan... 6 tahun beri peluang, suaminya tak mahu tinggalkan hobi hisap ganja - “Sayang berpada-pada jangan sampai rosak diri, keluarga”
JIKA tersilap memilih pasangan hidup, nescaya perkahwinan yang dibina tidak akan bahagia.
Begitu juga dengan nasib wanita ini apabila dia tampil membuat luahan mengenai hobi suaminya yang suka menghisap ganja.
Menerusi mesej yang dikongsi di Facebook penulis, Dr Azizul Azli Ahmad, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mengakui perangai suaminya tidak pernah berubah sejak mereka belum mendirikan rumah tangga lagi.
"Dia tak nak move on, hobi dia tetap sama tak akan berubah walhal kita dah bagi peluang banyak kali. Dia tetap tak berubah, apa patut saya lakukan?
"Saya dah berkahwin anak dua. Dari sebelum ada anak sampaikan ada anak dia masih macam tu juga, tak berubah," luah wanita itu.
Dedahnya lagi, dia juga pernah mengalami kemurungan kerana stres melampau apabila segala tanggungjawab tidak diendahkan suaminya.
"Usia perkahwinan saya dah cecah enam tahun tapi dia masih macam tu lagi. Tak berubah.
"Ada satu masa saya sampai kemurungan. Stres," luahnya lagi.
Dakwa wanita itu, perangai suaminya itu berterusan selepeas mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Azizul menerusi Facebook miliknya turut membuat perkongsian nasihat mengenai isu itu.
Ujarnya, setiap individu tidak patut merosakkan masa depan pasangan masing-masing dengan segala perangai buruk yang tidak ditinggalkan sebelum mendirikan rumah tangga.
Kata Azizul, hobi mengarut patut ditinggalkan lebih awal kerana kebanyakannya tidak berubah biar pun sudah berumah tangga.
"Jangan ada impian akan berubah lepas kahwin, kebanyakan tidak berubah. Ubah diri barulah kahwin. Jangan rosakkan masa depan orang dengan perangai buruk kita. Kita sedang rosakkan bini dan anak kita.
"Jadi isteri juga harus pantau hobi buruk suami. Jika sampai bahayakan keluarga apakah masih boleh reda? Sayang berpada-pada jangan sampai rosakkan diri dan keluarga.
"Buat keputusan segera, jangan membuang masa dan hidup dalam nostalgia. Cari orang yang suami hormat untuk berikan nasihat. Paling penting buat keputusan untuk masa depan jangan berserah pada nasib," ujarnya.
Tambahnya, banyak lagi hobi lain yang boleh dipertimbangkan selain terjebak dengan aktiviti menghisap ganja.
Wanita itu mengakui stress dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. (Gambar Hiasan)
Dikongsi pada Jumaat, posting itu sehingga kini turut dihujani 1,000 komen netizen.
Malah, ramai yang memberikan pandangan dan nasihat kepada wanita itu agar mencari jalan keluar segera untuk menghentikan kesengsaraan diri.
"Maaf cakap. Mana-mana yang pernah terbabit dengan dadah sukar nak berubah. Jika insaf pun dia akan mudah terjerumus semula jika tiada keteguhan iman.
"Alahai ni bukan hobi. Perkara ini hanya merosakkan keluarga.
"Ganja ni bukan kategori hobi dah puan. Andai tetap tak nak berubah, lupakan sahaja dia. Ganja ni sampai masa memang bawa padah. Fokus masa depan anak-anak.
"Kesilapan yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita ialah tersalah pilih pasangan hidup," tulis beberapa netizen.
Tq MSTAR
No comments:
Post a Comment