Nuffnang

Monday, September 28, 2020

Tudia !!! Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - “Aku jerit selama ni tak ada orang dengar”

 

Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - “Aku jerit selama ni tak ada orang dengar”

(kiri) Keadaan pintu yang diumpil. (kanan) Seorang gadis menggunakan mangkuk tandas sebagai tempat untuk tidur ketika terperangkap. Foto Twitter atieqahroslan80

MALANG tidak berbau.

Seorang gadis terpaksa melalui satu pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel sebaik pulang dari luar negara.

Hampir 24 jam terperangkap di dalam tandas di bilik hotel, itulah yang dialami seorang gadis ketika menjalani proses kuarantin pada Khamis malam.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, gadis tersebut memberitahu, kejadian berlaku sewaktu dia mahu mandi pada pukul 10 malam.



Posting seorang gadis yang terperangkap di dalam tandas hotel ketika menjalani kuarantin.

Difahamkan berlaku pada hari keempat kuarantin, katanya, pintu tandas itu sebenarnya bermasalah sejak hari pertama dia menginap di bilik tersebut.

"Masa nak keluar, tiba-tiba pemegang (pintu) dia macam longgar semasa je. Sendalnya tak bergerak. Lepas dah tolak pemegang atas bawah, dah rempuh pintu pun tak terbuka.

"Tak apalah, kita cari barang untuk umpil pintu. Jumpa bucu pencuci muka, lembut sangat, pinggan alas toiletries (kelengkapan mandian) hotel tak muat pula nak selit," tulisnya menerusi siri posting di bebenang di akaun Twitternya.

Tambah gadis itu, ketika kejadian dia tidak membawa telefon bimbit ketika mandi dan tiada alat komunikasi lain di dalam tandas.

Walaupun menemui 'senjata' untuk mengumpil pintu, gadis berkenaan nekad untuk mencari jalan lain bagi mengelakkan daripada membayar ganti rugi akibat kerosakan.



Keadaan pintu tandas di bilik hotel berkenaan.

"Pandang atas ada lubang kat siling. Tolak-tolak, tak jadilah gelap sangat. Takut pula ada hantu. Dah la malam Jumaat. Tunggu sianglah kita periksa balik.

"Dah la tandas tak ada tingkap atau lubang angin (ruang udara), panas. Berapa kali basuh muka sebab panas. Tak apalah, kita tunggu frontliner (petugas barisan hadapan) bawa sarapan esoklah, bunyi bising minta tolong.

"Jadi, tidur tandaslah malam semalam. Duduk atas mangkuk tandas, kepala letak atas pam tandas, alas kepala dengan tuala. Kejang kaki tengkuk semua," ujarnya tanpa mendedahkan lokasi hotel berkenaan.

Tidak dapat melelapkan mata, fikiran melayang mempersoalkan tentang insidennya terperangkap di dalam tandas sedangkan ujian swab berikutnya hanya pada hari ke-13.

"Sembilan hari lagi seperti ini? Walaupun mungkin mereka perasan makanan tak bersentuh, tapi boleh je fikir budak ni ada banyak makanan lain dalam bilik," katanya sambil menambah bahawa biliknya terletak di tingkat 14, dengan kedudukan paling hujung.



Antara alat yang dijumpai di dalam tandas untuk mengumpil pintu.

Namun, dia hampa apabila setelah terperangkap selama 12 jam, hanya pengumuman dibuat mengenai penghantaran makanan tanpa frontliner menekan loceng pintu.

"Perut lapar, angin dah macam-macam bunyi, mulut dah kering. Kita minum air paip jelah. Azan Zohor... dengar troli datang. Ready untuk loceng, tapi tak ada juga," katanya sambil menambah siling sudah diperiksa tetapi tidak menemui jalan keluar.


Sepanjang hampir 20 jam terperangkap di dalam tandas, telefon di bilik hotel semakin kerap berbunyi begitu juga bunyi loceng pintu tetapi masih tiada bantuan.

"Jadi, hanya satu pilihan yang saya ada vandalisme. Mula-mula saya tanggalkan rangka pintu kayu. Banyak paku kat kayu tu. Kemudian saya cuba buat lubang pada pintu.

"Ingat plywood (papan lapis), rupa-rupanya solid wood (papan tebal). Saya umpil dari dalam, sehingga saya capai pemegang kunci. Lepas tu dah tak larat, penat. Mungkin selepas 24 jam, baru dia cari kot," katanya.



Tangkapan skrin video menunjukkan sekumpulan frontliner melakukan pemeriksaan di bilik.

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya berlaku apabila pintu dibuka oleh sekumpulan frontliners pada kira-kira pukul 7 malam, hampir 24 jam sejak gadis itu terperangkap dalam tandas.

"Kita jerit-jerit dari tandas macam nak keluar anak tekak, mereka cakap suara saya dengar sayup-sayup je lepas masuk tadi. Bayangkan aku jerit selama ni tak ada orang dengar," katanya sambil menambah rupa-rupanya pintu tandas tersebut bermasalah apabila dibuka dari dalam selepas frontliners melakukan pemeriksaan.

Walaupun trauma dengan kejadian yang berlaku, namun dia bersyukur kerana 'jiran-jiran'nya di aras yang sama di hotel berkenaan bersikap prihatin.

"Mereka (fontliners) kata kami perasan dah macam ada sesuatu yang tak kena. Makanan sarapan, makan tengah hari, makan malam tak bersentuh.

"Kepada jiran-jiran satu tingkat, yang perasan saya tak ambil makanan. Terima kasih kerana bersikap prihatin," katanya.

Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung