SEORANG pembantu guru didakwa atas kesalahan menghantar gambar lucah kepada murid lelaki berusia 14 tahun.
Allyssa Gustafson, 24, mengaku melakukan perbuatan berkenaan beberapa kali sewaktu bertugas di Akademi Circle di Urbana, Illinois, Amerika Syarikat.
Menurut perbicaraan mahkamah, dia menghantar foto sedang mengenakan pakaian dalam kepada murid berkenaan.
Malah, dia juga pernah berkunjung ke rumah murid berkenaan.
Dalam pada itu, ibu murid berkenaan turut meluahkan rasa kurang senangnya atas tindakan tidak bermoral guru berkenaan.
"Banyak kali dia hantar mesej, video dan gambar.
"Saya tak pernah sangka dia berani jejak ek rumah saya dan ada niat tak baik terhadap anak saya yang masih bawah umur," ujar wanita berkenaan.
Hakim Roger Webber dijangka menjatuhkan hukuman ke atas pembantu guru itu pada 30 Oktober depan. - Daily Star.
No comments:
Post a Comment