GARA-GARA pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Da'i Syed, usahawan kosmetik iaitu Joy Revfa turut terkena tempias isu berhubung kontroversi pendakwah muda itu.
Joy mendedahkan dia menerima banyak mesej di laman sosial selain namanya turut dipetik di ruangan komen berita dakwaan Da'i Syed merogol seorang gadis.
Pemilik nama Siti Arifah Amin ini berkata, biarpun Da'i Syed gemar mengusik dan kelihatan nakal namun pendakwah itu tidak pernah berkelakuan tidak senonoh terhadap wanita.
Joy turut berkongsi perkara itu di laman Instagram.
"Sejak isu itu menjadi tular, saya terima banyak DM dan ramai netizen yang tag nama saya ruangan komen berita berkaitan Da'i Syed.
"Sebenarnya, Da'i Syed ini memang nampak nakal dan suka mengusik walaupun dia seorang pendakwah. Tapi sepanjang berkawan dengan dia, tak pernah lagi dia aniaya perempuan.
"Itu yang saya tahu la. Dia seorang kawan yang baik hati dan selalu kongsi ilmu dengan saya. Malah, dia juga menghormati saya sebagai seorang kakak," katanya kepada mStar.
Joy yang bakal menceburi bidang lakonan turut berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial miliknya.
Sekitar Mei tahun lalu, Joy pernah berkongsi foto bersama Syed sehingga menimbulkan spekulasi mereka mempunyai hubungan cinta.
Bagaimanapun Syed tampil menafikan perkara itu dan menganggap Joy sebagai kakak.
Sejak Selasa lalu, nama Da'i Syed menjadi perbualan hangat netizen selepas seorang pengguna Twitter mendakwa rakannya menjadi mangsa rogol pendakwah itu.
Enggan berdiam diri, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut.
Da'i Syed buat laporan polis bagi menafikan dakwaan mengenai dirinya.
Dalam pada itu, Joy berpendapat tuduhan yang dilemparkan terhadap Syed itu sesuatu yang berat dan serius.
Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini berharap semua pihak yang terlibat dapat bersemuka untuk menyelesaikan isu tersebut supaya tiada pihak yang teraniaya.
"Bagi saya, tuduhan yang dibuat itu terlalu berat dan serius. Tapi sekiranya dakwaan itu benar, mohon mangsa yang terlibat itu tampilkan diri.
"Supaya kedua-dua pihak tak teraniaya. Daripada apa yang saya baca dan faham, individu yang membuat dakwaan itu bukan mangsa," ujarnya.
Tq Mstar
3 comments:
Pemimpin DAP Parasit diTUDUH memperkosa AMAH Indonesia dia - adakah diREMAN sampai mcm. ni?!
Dahlah tu, REPOT POLIS pun dibuat hampir setahun kemudiannya, ke atas PENDAKWAH Islam kita ni!
NOTA: Mmg. SISTEM KEHAKIMAN & PERUNDANGAN Negara Islam kita ni - telah diJAHANAMkan si rejim PENJAJAH PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!!
Sampai skrg. anwar HOMO jijik - TAK berani buat REPOT POLIS mahupun MENYAMAN adik Muhd. Yusoff Rawther amat MALANG ni - kalau TUDUHAN ni TAK benar!!
Di -
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahu-saman-saya-bring-it-yusof-rawther-228310?amp=1
Post a Comment