Nuffnang

Saturday, November 28, 2020

Pekerja positif Covid-19, restoran Uncle Don's minta pelanggan buat ujian saringan

 


Setakat ini, tiga kakitangan restoran Uncle Don's disahkan positif Covid-19. -gambar hiasan

PENGURUSAN Restoran Uncle Don's meminta pelanggan yang berkunjung ke cawangan SS2 di Petaling Jaya, Selangor, dari 20 November sehingga 25 November, dan mengalami gejala untuk membuat ujian saringan Covid-19.

Satu kenyataan dikeluarkan susulan seorang pekerja restoran itu disahkan positif Covid-19.

"Pekerja cawangan SS2 telah menunjukkan gejala pada 25 November kini disahkan positif Covid-19," menurut restoran itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Seramai 40 kakitangan restoran itu telah menjalani ujian Covid-19 pada 26 November, di mana tiga disahkan positif, 23 negatif, manakala yang lain sedang menunggu keputusan.

"Tiga pekerja yang positif (termasuk pekerja yang dinyatakan di atas) telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Pihak pengurusan memberitahu bahawa kakitangan yang lain menjalani kuarantin kendiri dalam tempoh yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kita juga mengesahkan bahawa ketiga-tiga kes positif tersebut tidak bertugas pada 25 November.

"Namun, kita menggalakkan mana-mana pelanggan yang mengunjungi cawangan SS2 antara 20 November dan 25 November, dan mengalami gejala supaya menjalankan ujian," tambah kenyataan itu.

Restoran tersebut ditutup sehingga diberitahu kelak untuk proses pembersihan dan disinfeksi.

Pihak pengurusan memberi jaminan bahawa semua kakitangannya akan menjalani ujian Covid-19 dan memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan untuk pengesanan kontak. - The Star

Nak macam-macam info? 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung