Nuffnang

Tuesday, November 17, 2020

Kecoh gajah ‘tahan’ traktor tangki air, rupa-rupanya ‘minta izin’ hilangkan dahaga

 


gajah tahan lori

MENERUSI satu video yang tular di media sosial, seekor gajah dilihat 'menahan' sebuah traktor yang membawa tangki air di jalan raya.

Kejadian berlaku di sebuah negeri di India.

Haiwan itu kemudian memberi 'isyarat' kepada pemandu traktor untuk membuka penutup tangki supaya ia dapat menghilangkan rasa dahaganya.

Pada mulanya, pemandu kelihatan terganggu dengan kedatangan gajah tersebut.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan memahaminya selepas dimaklumkan oleh anak lelaki kepada menteri perhutanan negeri, Anand Singh iaitu Siddharth Singh yang turut berada di lokasi kejadian.

Siddharth memberi penjelasan bahawa gajah itu meminta pemandu terbabit supaya membuka penutup tangki itu.

Haiwan itu dibenarkan untuk minum bagi menghilangkan rasa dahaganya.

Gajah tersebut kemudian menyambung perjalanannya setelah diberikan minum. - India Times

grup Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung