Nuffnang

Wednesday, November 18, 2020

Pemandu diikat, lori bawa produk Apple bernilai jutaan ringgit dilarikan perompak

 

Pemandu diikat, lori bawa produk Apple bernilai jutaan ringgit dilarikan perompak

Menerusi kejadian pada 10 November lalu, pemandu lori dan pengawal keselamatan diikat sebelum produk-produk itu dilarikan.

PRODUK keluaran syarikat Apple bernilai £5 juta (RM24.38) juta dicuri dari sebuah lori menerusi satu kejadian di Northamptonshire, England.

Menerusi kejadian pada 10 November lalu, pemandu lori dan pengawal keselamatan diikat sebelum produk-produk itu dilarikan.

Lori itu kemudiannya ditemui di kawasan Lutterworth, Warwickshire.

Dalam satu kenyataan, Polis Northamptonshire berkata, pegawai mereka mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil membantu siasatan.

"Mereka juga mahu bercakap dengan mana-mana individu yang ada ditawarkan produk Apple pada harga murah atau dalam keadaan mencurigakan," ujar polis lagi. - Mirror.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung