Bantu RM500, dibalas RM30,000! Wanita teruk kena prank sebelum terima hadiah emas, wang tunai daripada BFF - “Saya sengaja main emosi dia”
SAHABAT sejati ibarat permata ataupun hadir satu dalam seribu.
Kehadirannya di sisi ketika waktu susah dan senang sememangnya sukar dicari ganti.
Disebabkan 'nilai' itulah, ada individu yang tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sahabat sejati mereka dengan barangan yang bernilai ribuan ringgit, sebagaimana yang dilakukan oleh wanita ini.
Menerusi satu perkongsian video di media sosial, wanita bernama Cekyana membuat kejutan menghadiahkan sahabat baiknya yang dikenali sebagai Cikzaza dengan seutas rantai emas bernilai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 ketika hari lahir wanita itu, baru-baru ini.
Perkongsian video tersebut mengundang perhatian ramai apabila dimuat naik di Instagram dan juga aplikasi TikTok, malah rata-rata netizen melahirkan rasa kagum mereka dengan persahabatan kedua-dua wanita tersebut.
Menurut wanita yang juga seorang pengasas syarikat berasaskan makanan, Makan-Makan Cekyana (MMC), kejutan yang dirancang sempena hari lahir sahabatnya pada 15 Februari lalu dilakukan dengan penuh berhati-hati agar tidak terkantoi.
Cekyana merancang kejutan untuk hari lahir sahabat baiknya, Cikzaza dengan teliti agar tidak dapat dihidu.
"Bab nak rancang kejutan tu sangat-sangat susah. Saya sediakan Plan A dan Plan B sebagai 'back up'. Semua kejutan 100 peratus dirancang oleh saya dan dibantu oleh staf-staf yang memastikan kelancaran agar 'prank' berjaya.
"Pertama, saya sengaja prank Cikzaza kononnya bibik dia lari... dalam masa yang sama saya prank dia kononnya ada dua masalah lain yang dia kena handle. Kiranya masa tu dia kena handle tiga masalah dalam masa yang sama.
"Semuanya nak trigger dia supaya menangis... nak main emosi dia. Masa tu saya beritahu saya tak sihat dan dia kena selesaikan. Bila dapat panggilan bibik lari, dia kalut pulang ke rumah sambil menangis. Masa itulah kita rancang surprise dekat rumah dia," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Cekyana.
Cekyana memakaikan seutas rantai emas yang dihadiahkannya kepada Cikzaza yang bernilai RM20,000.
Seronok melihat insan di sekelilingnya gembira, Cekyana berkata dia gemar melakukan kejutan untuk menghargai mereka.
"Sebelum ini saya kejutkan suami dengan sebuah kereta Ford Mustang, kali ini giliran sahabat baik saya pula. Pada mulanya dia hanya mahukan karpet Iran sebagai hadiah. Kiranya dah tak jadi kejutan.
"Kemudian masa dekat rumah, dia terkejut bila tahu ada lagi kejutan hadiah untuknya iaitu rantai emas dan wang tunai," ujar usahawan berusia 25 tahun yang terkenal dengan produk Cek Yana Oden Viral.
Saya ingat lagi masa nak kahwin, dia bantu dahulukan wang RM500 sedangkan itu sahaja wang yang dia ada. Dia langsung tak berkira dengan saya.
CEKYANA
USAHAWAN
Bercerita mengenai persahabatan mereka, Cekyana berkata dia dan Cikzaza yang hanya berbeza usia setahun, menjalinkan persahabatan sejak 2017.
"Saya dan Cikzaza, yang juga co-founder MMC berkenalan ketika kami masing-masing tak ada apa-apa, sehinggalah menubuhkan syarikat bersama. Sebelum ni kami jual baju bayi dan macam-macam lagi.
"Saya ingat lagi masa nak kahwin, dia bantu dahulukan wang RM500 sedangkan itu sahaja wang yang dia ada. Dia langsung tak berkira dengan saya. Ketika itu saya berjanji, bila saya senang, saya akan balas semula jasanya.
Cekyana merupakan pengasas bagi produk makanan, Cek Yana Oden Viral.
"Kami masing-masing tak berkira.... sepanjang berkawan, kami hanya fokus nak bantu orang. Dia tak pernah nak bercakap buruk pasal orang. Ada orang suka berkawan sebab harta, tapi dia seorang yang sangat setia... ada di setiap jatuh bangun saya," ujarnya.
Menurut Cekyana lagi, nilai persahabatan baginya amat berharga tambahan pula dikelilingi oleh insan berhati mulia dan positif.
"Dekat dunia ni, kalau orang buat baik, kita pun kena berbuat baik. Kalau mereka hargai kita, kita juga kena menghargai mereka. Bagi saya harta boleh dicari tapi nilai persahabatan tu yang susah nak dapat," ujarnya lagi.
Kredit mstar
No comments:
Post a Comment