Ronaldo bimbang Cristiano Jr tak ikut jejak langkahnya - Khabib
UMUM mengetahui Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov sememangnya sahabat baik dan mereka saling mengkagumi antara satu sama lain.
Baru-baru ini juara lighweight UFC itu mendedahkan Ronaldo melahirkan kebimbangannya jika anak lelakinya, Cristiano Jr, tidak mempunyai keazaman seperti dirinya.
Anak lelaki pemenang Ballon d'Or lima kali itu turut menandatangani kontrak dengan Juventus ketika bapanya berhijrah ke Juventus pada 2018.
Memakai jersi nombor 7, Cristiano Jr menunjukkan bakatnya yang mengagumkan apabila menjaringkan 58 gol dan 18 assist dalam 28 perlawanan ketika bermain untuk Juventus di bawah 9 tahun.
"Kami berbual sepanjang masa, menghantar banyak SMS setiap hari... baru-baru ini kami bercerita mengenai sumber motivasi," kata Khabib kepada saluran YouTube Krasava.
"Dia memberitahu saya bahawa dia mahu anaknya mengikut jejak langkahnya tetapi dia bimbang anaknya tidak akan dapat melakukannya.
"Ketika Cristiano sendiri seusianya, dia hanya mempunyai impian untuk memiliki sepasang but. Tetapi anaknya kini mempunyai segalanya. Jadi dia bimbang anaknya tidak mempunyai keazaman yang kuat seperti dirinya.
"Sebenarnya, seseorang didorong oleh keazaman. Seseorang memerlukan motivasi, seseorang perlu mempunyai keinginan untuk mencapai sesuatu.
"Apabila anda memiliki segalanya, sukar untuk mencari sumber motivasi yang tepat," kata Khabib. - Sportbible
No comments:
Post a Comment