Nuffnang

Wednesday, June 9, 2021

Ha Tudia !! Presiden Perancis kena tampar depan khalayak

 

Video Macron ditampar seorang lelaki berbaju hijau kini tular di internet.

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron ditampar pada bahagian muka ketika sedang bertemu dan mahu bersalaman dengan orang ramai.

Ketika kejadian, Macron sedang mengadakan lawatan ke tenggara negara tersebut.

Ketika menghampiri orang ramai yang sedang berdiri di belakang penghadang, Macron yang menghulurkan tangan untuk bersalam secara tiba-tiba ditampar seorang lelaki yang memakai baju hijau.

Pengawal peribadinya kemudian bertindak menghalang perbuatan lelaki berkenaan sementara Macron diiring untuk segera beredar dari lokasi.

Difahamkan dua individu telah ditahan pihak berkuasa susulan insiden tersebut.

Sementara itu, video ketika kejadian kini menjadi viral di media sosial. - Dailystar


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung