Nuffnang

Tuesday, September 28, 2021

Fuhhh Tudia !!! Kanak-kanak digigit kera kembali aktif, ceria

 

Keadaan badan kanak-kanak yang digigit kera dalam kejadian di Taman Dusun Nyior 21 September lalu. 
Share on telegra

SEREMBAN – Bagaikan mimpi, kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan yang digigit kera dalam kejadian di Taman Dusun Nyior 21 September lalu kini sudah kembali aktif dan ceria seperti biasa.

Ibu saudara mangsa, Syaheera Mohamad, 24, berkata, anak buahnya itu, Nor Afia Muhamad Nur Issyifa juga sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan selamat tiba di rumah pada pukul 4 petang tadi.

“Menurut kata kakak Syamimi Mohamad, 29, terdapat lima jahitan besar di belakang badan Afia. Kalau nak kira berapa jahitannya memang banyak. Saya tak berani tengok kerana bimbang terkenang kembali kejadian tempoh hari yang menyebabkan darah banyak keluar dari bahagian belakang badan Afia.

“Kini kami cuma perlu berhati-hati sementara menunggu lukanya sembuh supaya tiada jangkitan kuman. Kini, Afia sudah ceria dan aktif kembali serta boleh tidur seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, susulan kejadian berkenaan pihaknya telah pun memasang perangkap di lokasi kejadian.

Bagaimanapun menurutnya, sehingga kini tiada kera yang masuk ke dalam perangkap berkenaan.

“Anggaran populasi sekitar dua ke tiga ekor kera. Kita akan meneruskan pemantauan di lokasi berkenaan.

Kosmo! 21 September lalu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan cedera digigit kera dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

Kera jantan dewasa seberat kira-kira lapan kilogram yang masih berada di atas pokok berhampiran rumah mangsa telah ditembak mati oleh kakitangan PERHILITAN dan telah dibawa ke pejabat untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung