Nuffnang

Monday, September 13, 2021

Perghhh ..Wow ,,Jiwa tenang di dasar laut, jejaka baru dapat lesen menyelam kongsi momen bertuah jumpa ‘whale shark’ di Pulau Redang

 

Jiwa tenang di dasar laut, jejaka baru dapat lesen menyelam kongsi momen bertuah jumpa ‘whale shark’ di Pulau Redang - “Besar macam bas mini”

Ameer dan majikannya terserempak dengan hidupan laut itu ketika menyelam di Pulau Redang pada Ogos lalu.

PERTEMUAN yang tak disangka-sangka.

Begitulah kisahnya mengenai jejaka ini yang terserempak dengan seekor hidupan laut gergasi ketika dia menyelam di Pulau Redang, Terengganu pada penghujung Ogos lalu.

Menurut Muhammad Ameer Hakim Hamzani Anuar, 23, pengalaman bersemuka secara dekat dengan 'whale shark' sekitar 15 minit dianggap sebagai detik paling berharga dalam hidupnya.

"Saya rasa, mana-mana penyelam pun pastinya mengimpikan untuk bertemu dengan haiwan ini. Ia merupakan pengalaman pertama seumur hidup saya.

"Ketika itu saya menyelam bersama bos dan seorang lagi ahli team. Ketika sedang menyelam, tiba-tiba kawan tunjuk ke arah belakang saya.

"Kami pusing tengok whale shark ada di belakang, besar macam bas mini. Saya tak takut, tapi rasa cukup teruja dapat jumpa dengan hidupan yang legendary macam ni.

"Tak sangka boleh tengok depan mata. Ia berpusing-pusing di situ dalam 15 minit sebelum berlalu pergi," ujarnya kepada mStar.

ameer3

Ameer mendapat lesen menyelam pada tahun lepas.

Jejaka yang mesra disapa Ameer itu turut berkongsi video haiwan berkenaan menerusi laman Instagram miliknya untuk disimpan sebagai kenangan.

Bercerita lanjut, dia yang bekerja sebagai pembantu peribadi sudah meminati aktiviti ekstrem itu sejak kecil lagi.

Saya rasa tenang jiwa ketika menyelam kerana dapat lihat benda yang tak ada di darat. Memang puas hati.

AMEER

Namun katanya, impian untuk memiliki lesen menyelam baru sahaja direalisasikan pada tahun lalu.

"Masa kecil dulu saya pernah ke Langkawi. Bila tengok orang pakai suit untuk menyelam, timbul rasa minat. Jadi akhirnya saya ambil lesen menyelam tahun lepas.

"Bila dah ada rezeki dan kemampuan lebih sikit, saya penuhi impian lama itu. Kos ambil lesen menyelam pula sekitar RM1,500.

"Saya pertama kali menyelam di Pulau Tioman, kemudian di Sipadan. InsyaAllah lepas pandemik Covid-19 reda dan sempadan negara dibuka, saya nak pergi menyelam di Bali, Indonesia," ujarnya.

ameer2

Paparan skrin video yang dikongsi oleh Ameer.

Menurut anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu, aktiviti menyelam memberi satu pengalaman dan kepuasan luar biasa baginya.

"Kalau saya menyelam, saya biasanya akan bercakap dengan diri sendiri. Jadi pada waktu itu macam-macam ilham datang dalam kepala.

"Suasana dalam laut sunyi, yang ada cuma bunyi oksigen kita. Saya rasa tenang jiwa ketika menyelam kerana dapat lihat benda yang tak ada di darat. Memang puas hati," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ameer turut memberi galakan kepada individu di luar sana yang memiliki minat sama dengannya agar tidak takut untuk mengejar impian.

ameer4

Ameer merancang untuk menyelam di luar negara pada masa akan datang.

"Kalau minat, kena plan betul-betul. Kita kena buat survey, tahu kos yang diperlukan dan baru kita teruskan.

"Ibaratnya kita minat kereta, kita pergi tengok dulu sebelum beli. Begitu juga dengan menyelam, boleh je pergi tinjau-tinjau dulu barang kelengkapan untuk menyelam.

"Simpan duit untuk buat lesen dan rancang dengan betul. Kalau sekadar ada keinginan saja, impian akan kekal jadi mimpi," ujarnya lagi.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung