Nuffnang

Thursday, October 14, 2021

Alahai !!! Askar ada masalah rumahtangga mati tertembak, mentua cedera


Anggota polis ketika melakukan siasatan di tempat kejadian.


KUCHING – Seorang askar terbunuh manakala seorang wanita cedera dalam kejadian tembakan bertempat di sebuah rumah di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah Jalan Matang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam sekitar pukul 12.45 tengahari.

Abang Zainal Abidin

Siasatan awal mendapati si mati yang berusia 28 tahun itu telah tiba di lokasi kejadian bagi tujuan penyelesaian rumahtangga dengan isterinya yang masih dalam proses penceraian.

“Semasa dalam perbincangan, si mati telah marah dan mengambil senjata jenis M4 yang disimpan dalam keretanya sebelum melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah bahagian ruang tamu dan dapur.

“Dalam kejadian itu, ibu mertua si mati berumur 58 tahun turut terkena tembakan di bahagian bahu sebelah kiri.

“Kemudian si mati menghala ke hadapan rumah dan terus menembak diri sendiri di bahagian dagu dan maut ditempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Siasatan sedang dijalankan dan pihak polis menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai. -K! ONLINE.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung