Nuffnang

Friday, October 15, 2021

Perghh !! Rodok kemaluan isteri dengan botol susu

 

Gambar hiasan.

Rodok kemaluan isteri dengan botol susu

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang didakwa merogol anak kandung sendiri selain tergamak menyeksa isterinya ketika melakukan hubungan seks ditahan polis, semalam.

Perbuatan terkutuk suspek berusia 40 tahun dan tidak bekerja itu terbongkar selepas isterinya berusia 35 tahun membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, isteri suspek menemui anak saudaranya di Alor Setar dekat sini bagi meminta bantuan untuk membuat laporan polis.

“Isteri mangsa memaklumkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun dirogol suspek.

“Mangsa sebelum ini tidak mahu menghebohkan kejadian itu kerana bimbang dipukul suspek yang panas baran,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pasangan terbabit mempunyai enam anak dan kejadian rogol membabitkan salah seorang anak perempuan mereka itu berlaku sejak Disember tahun lalu dengan kejadian terakhir pada Jun lalu.

“Remaja itu yang juga pelajar cemerlang didakwa dirogol bapa kandungnya ketika isterinya keluar bekerja atau sedang tidur.

“Sejak itu, mangsa mendakwa dirogol sebanyak enam kali dengan kejadian terakhir berlaku pada petang Jun lalu,” ujarnya.

Menurutnya, isteri mangsa pula mendakwa suaminya kerap memasukkan botol serta objek keras yang tidak diketahui dalam kemaluannya ketika melakukan hubungan seks sejak tiga tahun lalu selepas kelahiran anak bongsu.

Katanya, susulan daripada laporan dua beranak itu, suspek ditahan semalam dan hasil siasatan awal suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap isteri serta anaknya.

Tambahnya, suspek didapati bebas daripada pengaruh dadah dan kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan berhubung dua kejadian berkenaan. – K! ONLINE

 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung