Nuffnang

Saturday, October 16, 2021

Gadis hamil anak ‘makhluk halus’ rupanya diperkosa bapa tiri

 


Nenek mangsa berbohong dengan mengatakan cucunya itu hamil anak kepada ‘makhluk halus’. - Shutterstock

JAKARTA – Kisah seorang gadis yang dikatakan hamil anak ‘makhluk halus’ yang tular di media sosial baru-baru ini ternyata hanyalah kisah rekaan oleh nenek gadis tersebut yang enggan mengakui bahawa cucunya itu sebenarnya telah diorogol oleh bapa tirinya sendiri, lapor laman Suara.com.

Nenek gadis itu sebelum ini mengatakan bahawa cucunya hamil anak ‘makhluk halus’ apabila gadis itu hamil secara tiba-tiba.

Namun, perkara sebenar terbongkar selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas bayi itu menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan gadis itu adalah anak kepada bapa tirinya. 

“Keputusan ujian DNA sudah diterima dan ternyata gadis itu hamil anak kepada bapa tirinya,” kata Ketua Polis bandar Madiun, Jawa Timur, Jury Leonard Siahaan.

Bapa tiri kepada gadis itu juga mengaku telah beberapa kali memperkosa gadis tersebut.

“Bapa tiri mangsa mengaku telah merogol mangsa sebanyak beberapa kali dan kenyataan si nenek yang mengatakan cucunya itu hamil anak ‘makhluk halus’ adalah tidak masuk akal,” kata Jury.

Bapa tiri gadis itu kini sedang ditahan di Balai Polis Madiun.

Polis mengambil sampel DNA daripada tiga individu iaitu bapa kandung mangsa, bapa tiri mangsa dan bayi tersebut.

Hasil ujian DNA mendapati, DNA bapa tiri gadis itu sepadan dengan DNA bayi yang dilahirkan.

Ketika kejadian, mangsa tinggal bersama ibu dan bapa tirinya itu. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung