Nuffnang

Tuesday, October 12, 2021

Perghhh...Mak Aihhh !!! Beruang pecah masuk rumah

 

Beruang tersebut berdiri agak lama di hadapan meja di dalam bilik sebelum memecahkan sebuah mangkuk yang mengandungi bijirin. – Sean Reddy
hare on telegram

ALBERTA, KANADA – Sebuah keluarga di Kanada terkejut apabila mendapati seekor beruang hitam berdiri di hadapan meja di dalam sebuah bilik kediaman mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Sean Reddy, ketika kejadian, mereka sekeluarga terdengar bunyi bising sebelum menyedari ada  seekor beruang  merayau-rayau di dalam kediaman mereka.

“Anak bongsu saya keluar dari pintu hadapan dan bertanya apa yang kami sedang lakukan kerana dia terdengar seperti bunyi cakaran di dalam rumah.

“Anak lelaki sulung saya kemudiannya berlari ke dalam rumah dan memberitahu bahawa terdapat seekor beruang di dalam rumah,” kata Reddy.

Dia  kemudiannya dapat mendengar bunyi seperti beruang tersebut sedang mendengus di bahagian meja komputer di dalam bilik anaknya, di mana terdapat hidangan bijirin yang dibiarkan di dalam mangkuk.

“Kami terdengar bunyi mangkuk itu pecah kerana terjatuh di atas lantai. Saya mula berfikir bahawa beruang tersebut sedang memusnahkan bilik,” ujarnya.

Kata Reddy, dia kemudiannya berjaya menutup pintu bilik tersebut dengan harapan beruang itu dapat keluar menerusi tingkap.

Bagaimanapun, harapannya meleset sama sekali kerana tingkap bilik sedang tertutup, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa menyekat bahagian laluan tengah di dalam rumah dan membiarkan beruang itu keluar melalui pintu depan.

Selepas beruang itu keluar dan menghilangkan diri, Reddy mendapati bahawa ia masuk ke dalam rumah dengan cara memecahkan tingkap dan merangkak ke dalam.

Kawasan tempat tinggal Reddy merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan beruang. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung